Drama Sekali Aku Bahagia

Drama Sekali Aku Bahagia | Selepas sekian lama Slot Akasia TV3 menyepi dari drama baru kali ini korang dapat menonton drama baru bertajuk Sekali Aku Bahagia. Drama ini menampilkan pelakon utama yang popular seperti Ummi Nazeera, Nabila Huda dan Keith Foo.


Selain itu drama Sekali Aku Bahagia turut dibintangi oleh ramai pelakon lain seperti Danish Hazriq, Meor Mohd, Azhan Rani, Qistina Raisah dan juga Danish Iskandar. Drama ini sudah pun ditayangkan sejak 28 Mac 2023 yang lalu dimana ianya bermula dari jam 6:00 Petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis. 

Sinopsis Drama Sekali Aku Bahagia

Drama ini mengisahkan Tentang Rania (Ummi Nazeera) yang sudah berkahwin dengan seorang jejaka bernama Muaz (Keith Foo). Muaz bekerja di sebuah restoren milik Naufal (Azhan Rani) yang merupakan abang kepada (Aireen). 

Aireen mempunyai perasaan kepada Muaz dan akhirnya mereka berkahwin tanpa mengetahui bahawa Muaz sudah mempunyai isteri. Selepas mengetahui perkara tersebut Aireen tidak mahu melepaskan Muaz dan inginkan Muaz untuk dirinya sahaja.

Rania yang teraniaya dengan apa yang berlaku terpaksa berjuang dan bangkit untuk mempertahankan hidupnya dan anak anak. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Sekali Aku Bahagia 

Tajuk Drama : Sekali Aku Bahagia
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 28 Mac 2023
Waktu Tayangan : Jam 6:00 Petang, Setiap hari Isnin hingga Khamis
Pengarah : Mohd Fazli Yahya 
Terbitan : Mache All Star United Sdn Bhd
Pelakon : Ummi Nazeera, Keith Foo, Nabila Huda, Azhan Rani, Danish Hazriq, Danish Iskandar, Qistina Raisah, Meor Mohd, Duerra Mitilda, Nik Ramly Rejab dan Ayu Azlina.
Terbaru Lebih lama