Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan | Drama Serpihan Sayang sudah melabuhkan tirainya dan kini drama baru adaptasi dari sebuah novel karya Liana Afiera Malik yang bertajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan akan ditayangkan menerusi Slot Samarinda TV3. 
 

Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan menampilkan tiga pelakon utama yang dikenali ramai iaitu Janna Nick, Amar Baharin dan Hisyam Hamid. Antara pelakon lain yang turut terlibat sama dalam menjayakan drama ini adalah Afifah Nasir, Shah Iskandar, Niena Baharun dan juga Zarina Zainuddin. 

Drama ini sudah mula bersiaran di TV3 sejak dari 21 Mac 2023 lagi. Korang boleh menonton drama Bukan Puteri Lindungan Bulan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10:00 Malam.

Sinopsis Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Mengisahkan tentang Puteri atau nama aslinya Larasati Aisya (Janna Nick) yang diduga dengan pelbagai ujian hidup. Dia terpaksa berhenti daripada meneruskan pelajarannya untuk menguruskan perniagaan keluarga. 

Pada masa yang sama abangnya pula, Luqman berkahwin dengan seorang wanita  bernama Sabrina yang tidak sebulu dengannya. Puteri mempunyai seorang teman lelaki iaitu Zafir yang masih lagi mahu berkahwin dengannya walaupun puteri telah dirogol oleh Zakuan. 

Tetapi dugaan Puteri tidak berhenti disitu kerana bekas teman wanita suaminya Farah muncul kembali dan berkahwin dengan Zafir. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Tajuk Drama : Bukan Puteri Lindungan Bulan
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 21 Mac 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, Jam 10:00 Malam
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Terbitan : Global Station Shd Bhd
Pelakon : Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Zarina Zainuddin, Shah Iskandar, Afifah Nasir, Nasz Sally, Azhar Amir, Niena Bahrun dan ramai lagi. 
Terbaru Lebih lama