Big Stage 2023 Musim 5 | Senarai Peserta Big Stage 2023, Pengacara dan Juri Tetap

Senarai Peserta Big Stage 2023, Pengacara dan Juri Tetap | Hai korang! Tahu tak Big Stage kini kembali lagi untuk musim yang terbaru. Big Stage 2023 atau Big Stage Musim ke 5 akan ditayangkan tidak lama lagi! Aku nak kongsikan berkenaan Big Stage 2023 sebab terdapat beberapa perubahan yang perlu korang tahu.

Poster Gambar peserta Big Stage 2023

Untuk pengetahuan korang semua, pengacara popular Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang sinonim dengan rancangan Big Stage tidak lagi mengacarakan rancangan ini dan ianya akan digantikan dengan pengacara yang menjadi fenomena sekarang ini iaitu Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom. Untuk juri tetap Big Stage 2023 pula adalah Aina Abdul

Senarai Peserta Big Stage 2023 (Peserta Big Stage Musim 5)

Terdapat 14 bintang akan berentap di atas pentas Big Stage 2023 dimana kali ini mereka bukan hanya akan menampilkan peserta solo tetapi penonton juga dapat melihat peserta dua dan berkumpulan. Baru Baru ini 10 peserta telah diperkenalkan kepada umum. Korang boleh tengok senarai peserta seperti dibawah : 


No. Senarai Peserta Nama Ahli  Negara 
1 COEX Mikaela Qistina
Amy Loh
Dalini
Eyqa Shahidan
Elysha Khan
Malaysia
2 Dem Lepak Boyz Zaidi
Hazel
Malaysia
3 Nadeera Zaini
Malaysia
4 Putera Muhammad
Malaysia
5 Aufahanie
Malaysia
6 Meer Nash
Malaysia
7 Firdaus Rahmat
Malaysia
8 Isaac Voo
Malaysia
9 Naufal Azrin
Malaysia
10 Puteri Khareeza
Malaysia
11 Pending
Korea
12 Pending
Brunei
13 Pending
Singapura
14 Pending
Indonesia

10 peserta yang diperkenalkan semuanya berasalah dari Malaysia manakala 4 lagi peserta yang belum dketahui siapa berasal dari negera jiran iaitu Indonesia, Singapura, Brunei dan juga Korea. 

Menariknya juga untuk kali ini, Big Stage 2023 mempunyai lagu Tema yang akan dinyanyikan oleh semua peserta. 

Big Stage kali ini akan bersiaran langsung selama 10 Minggu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alama (MBSA) bermula 7 Mei 2023 jam 9:00 Malam pada hari Ahad. Buat penonton di rumah pula boleh menonton rancangan realiti popular ini pada hari dan waktu yang sama di Astro RIA Saluran 104.

Korang juga boleh menonton Big Stage 2023 dimana sahaja korang berada dengan menggunakan aplikasi Astro Go!
Terbaru Lebih lama