Drama My Famous Ex Boyfriend

Drama My Famous Ex Boyfriend | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama yang berjudul My Famous Ex Boyfriend. Untuk pengetahuan semua, drama in diadaptasi dari sebuah novel best selling karya Nurul Syahida Kamarudin yang bertajuk Petrichor.

Drama My Famous Ex Boyfriend yang diarahkan oleh Hadith Omar ini akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 Malam di Astro Ria menerusi Slot Megadrama bermula 23 Oktober 2023.

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama My Famous Ex Boyfriend secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.


Drama bersiri terbitan iFabulous Art Media & Event ini dibintangi oleh Hael Husaini dan Qasrina Karim sebagai teraju utama. Selain mereka berdua, terdapat beberapa lagi pelakon lain yang turut sama menjayakan drama ini seperti Nadhir Nasar, Cupcake Aisyah, Milleh Christian, Jiggy Masin (Aizat Nazri), Natasha Elyzza, Aleza Shadan, Jasmin Hamid, Nik Rifaie,Nina KSC  dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Drama My Famous Ex Boyfriend

Tajuk Drama : My Famous Ex Boyfriend
Saluran : Astro Ria
Tarikh Tayangan : Bermula 23 Oktober 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, 10:00 Malam
Pengarah : Hadith Omar
Terbitan : iFabulous Art Media & Event
Pelakon : Hael Husaini, Qasrina Karim, Nadhir Nasar, Cupcake Aisyah, Milleh Christian, Jiggy Masin (Aizat Nazri), Natasha Elyzza, Aleza Shadan, Jasmin Hamid, Nik Rifaie,Nina KSC  dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama My Famous Ex Boyfriend

Drama My Famous Ex Boyfriend mengisahkan tentang seorang gadis bernama Sameera yang bercinta dengan selebriti popular yang menjadi kegilaan ramai peminat perempuan iaitu Haque Zuhal tetapi malangnya hubungan mereka terputus di tengah jalan. 

Putus hubungan dengan seorang selebriti yang popular bukanlah senang kerana Sameera terpaksa berhadapan dengan banyak cabaran kerana dia menjadi tumpuan umum. Suara dan rupa Haque Zuhal juga sukar untuk dielak kerana gambarnya berada dimana mana dan suara juga selalu berkumandang di semua platform.
Macam manalah Sameera nak hadap semua ini kan? Kalau nak tahu jangan lupa tonton drama My Famous Ex Boyfriend di Astro Ria bermula 23 Oktober nanti okay.
Terbaru Lebih lama