Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Drama Slot Akasia TV3 Kerana Cinta Itu Ada akan melabuhkan tirainya tidak lagi lami dan akan digantikan denga drama baru lakonan Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah bertajuk Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang diadaptasi dari sebuah novel karya Wawa Akil dengan tajuk yang sama. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd.


Selain Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah sebagai teraju utama, drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain seperti Jasmine Suraya, Jasmin Hamid, Shah Iskandar, Zaki Azeman dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7:00 malam bermula 6 februari 2023 akan datang.

Sinopsis Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Selepas kejadian yang tak diingini berlaku, kehidupan Raisya Hanna dan Luth Mikail berubah sekelip mata. Disebabkan oleh peristiwa tersebut Raisya Hannah mengambil keputusan untuk membawa diri. Selepas 5 tahun berlalu, Raisya Hanna bertemu semula dengan Luth Mikail dan mereka berdua disatukan. Adakah perkahwinan mereka akan kekal? Dapatkah Raisya melupakan kejadian buruk yang menimpa dirinya dulu?

Informasi Ringkas Tentang Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Tajuk Drama : Ku Akad Kau Dengan Bismillah
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 6 Februari 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari isnin hingga jumaat, Jam 7:00 malam
Pengarah : Osman Ali
Terbitan : Nuansa Films & TV Production 
Pelakon : Aliff Aziz, Sophia Albarakbah, Jasmine Suraya, Jasmin Hamid, Shah Iskandar, Zaki Azeman, Hilal Azman, Jasper Supayah, Zack Zabhas, Halim Radzi dan ramai lagi. 
Terbaru Lebih lama