Drama Aku Yang Kau Sakiti

Drama Aku Yang Kau Sakiti | Buat penggemar drama bersiri Slot Samarinda, Korang akan dihidangkan dengan drama baru bertajuk Aku Yang Kau Sakiti pada awal bulan Ogos akan datang. Drama ini dibintangi oleh  Redza Rosli, Rita Nadira dan Zamarul Hisyam sebagai teraju utama. 


Drama yang diarahkan oleh Riza Baharudin ini juga turut dibintangi oleh beberapa pelakon lain lagi seperti Fify Azmi, Jasmin Hamid, Iman Nasuha, Syazwan Zulkifly dan ramai lagi. Drama Aku Yang Kau Sakiti akan ditayangkan bermula hari Selasa akan datang, 1 Ogos 2023 pada jam 10:00 Malam. Selain TV3, korang juga boleh menonton drama ini secara online di aplikasi atau laman sesawang iQIYI. 

Sinopsis Drama Aku Yang Kau Sakiti

Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Amanda yang dijaga oleh Tuan Zaki selepas menjadi anak yatim piatu. Apabila umur Amanda mencecah 20 tahun, dia bekerja di perusahaan Tuan Zaki sebagai pembantu Bella yang merupakan anak kandung Tuan Zaki. 

Walau pun nampak indah, Amanda sebenarnya menyimpan dendam terhadap keluarga Bella. Amanda cuba untuk membalas dendam kepada Tuan Zaki kerana telah menyebabkan ayah kandungnya meninggal. Sewaktu perniagaan hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam wang dengan Ahlong sehingga menyebabkan ayahnya dibunuh oleh Ahlong tersebut kerana tidak boleh mampu untuk menjelaskan hutang.

Informasi Ringkas Tentang Drama Aku Yang Kau Sakiti

Tajuk Drama : Aku Yang Kau Sakiti
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 1 Ogos 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 10:00 Malam 
Pengarah : Riza Baharudin
Terbitan : Saphire Screen SDN BHD
Pelakon : Redza Rosli, Rita Nadira, Zamarul Hisyam, Fify Azmi, Jasmin Hamid, Iman Nasuha, Syazwan Zulkifly, Izuan Azli, Anies Hann, Natasya Mahyan, Aleza Shadan dan ramai lagi. 
Terbaru Lebih lama