Drama Melur Untuk Firdaus 2

Drama Melur Untuk Firdaus 2 |  Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah sudah pun melabuhkan tirainya dan kini drama yang dinantikan ramai Melur Untuk Firdaus 2 akan ditayangkan tidak lama lagi. Drama ini masih membawakan dua pelakon yang sama untuk watak utama iaitu Merqeen dan Anna Jobling. 


Selain Meerqeen dan Anna Jobling, terdapat ramai lagi pelakon lain yang turut memeriahkan drama Melur Untuk Firdaus musim kedua seperti Eyka Farhana, Azim Yusof, Fimie Don, Haleeda Mazlin dan juga Azhar Amir. 

Drama arahan Zamri Zakaria dan Arield Mohd Rifin akan mula ditayangkan pada 16 Mac 2023 hari khamis hingga jumaat jam 7:00 malam dan bermula 20 Mac akan datang ianya akan ditayangkan setiap hari pada waktu yang sama. 

Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus 2

Untuk musim kedua, perkahwinan Melur dan Firdaus diuji sekali lagi apabila Mawar muncul dalam kehidupan mereka. Siapakah watak baru bernama ini?Saksikan Melur Untuk Firdaus bermula Khamis ini. 


Informasi Ringkas Tentang Drama Melur Untuk Firdaus 2 

Tajuk Drama : Melur Untuk Firdaus 2
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 16 Mac 2023
Waktu Tayangan : Setiap Hari Jam 7:00 Malam
Pengarah : Zamri Zakaria dan Arield Mohd Rifin
Terbitan : A-Ten Alliance Sdn Bhd
Pelakon : Meerqeen, Anna Jobling, Eyka Farhana, Azim Yusof, Fimie Don, Haleeda Mazlin, Azhar Amir, Qaseh Qhairien, Taib Zamannuri, Zainol Ismail, Sabrina Sharleen, Hani Nazrina dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama