Senibina Masjid Beijing Di Rantau Panjang Jadi Tarikan Pelancong Negeri Kelantan

Masjid Beijing Rantau Panjang sebagai tarikan pelancong | Untuk artikel kali ini aku nak kongsikan dengan korang semua tentang Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Rantau Panjang Kelantan. Masjid ini lebih dikenali dengan nama Masjid Beijing kerana keunikan sebinanya yang menyerupai Masjid Nuijie di Beijing, China. 

Gambar penuh masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan

Untuk pengetahuan pembaca, menurut informasi yang dikongsikan di wikipedia Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Masjid Beijing ini mula dibina sejak tahun 2005 lagi. Masjid ini menjadi tumpuan ramai orang termasuklah pelancongan dari luar negara yang datang berkunjung ke Negeri Kelantan yang ingin melihat masjid yang cantik dan unik. 

Gambar Pintu Masuk Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan

Dari pintu masuk sahaja kita boleh nampak sebinanya sangat menarik untuk dikunjungi. Sewaktu aku singgah di masjid beijing ini ada beberapa orang pelancong berbangsa cina yang masuk bergambar. Itu adalah bukti yang menunjukkan masjid beijing dapat menarik minat orang ramai untuk datang melihat keindahan masjid yang ada di rantau panjang kelantan.

gambar hadapan masjid beijing rantau panjang kelantan

gambar tepi masjid beijing rantau panjang kelantan

Kalau korang nak tahu, Bangunan utama Masjid Beijing Rantau Panjang mempunyai dua tingkat. Di tingkat atas merupakan ruang solat yang besar dan mampu memuatkan 1000 jemaah pada satu satu masa. Tingkat bawah pula terdapat ruang serbaguna yang boleh digunakan sebagai tempat perkahwinan dan lain lain. 

gambar dalam Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan

gambar dalam Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan

Buat korang yang datang berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli belah dan mencari makanan yang best boleh singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau Masjib Beijing Rantau Panjang ini untuk menunaikan ibadah sambil melihat sendiri bangunan masjid yang unik dan cantik. 

Suasana di Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra/Masjid Beijing Rantau Panjang Kelantan 

Alamat : Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
Nombor Telefon : 09-7916666
Terbaru Lebih lama