Drama Bintang

Drama Bintang | Bintang adalah drama melayu baru yang sedang ditayangkan menerusi Slot Lestary TV3. Drama ini diterajui oleh pelakon wanita populari iaitu Ruhainies dan digandingkan dengan pelakon lelaki berbangsa Cina iaitu Daniel Fong. 


Selain Ruhainies dan Daniel Fong, drama ini turut dibintangi oleh Keith Foo, Azhar Sulaiman, Siti Harieza, Azri Iskandar dan juga Nazeera Sardi. Drama bersiri 20 Episod ini mula bersiaran menerusi slot tersebut pada 6 April 2023 yang lepas. Korang boleh menonton drama ini pada setiap hari Rabu hingga Sabtu Jam 9:00 Malam. 

Sinopsis Drama Bintang

Drama Bintang mengisahkan seorang gadis bernama Iris yang jarang bergaul dengan orang kampung disebabkan oleh keluarganya yang amat tegas tetapi di sekolah Iris mengenali seseorang jejaka bernama Thirak yang berketurunan Thailand. 

Perkenalan mereka membuahkan bibit bibit cinta tetapi disebabkan oleh dengki Mustafa yang juga mempunyai perasan terhadap Iris, dia dihantar belajar ke luar negara. Apakah yang berlaku selepas Iris pulang ke kampung setelah habis belajar? Adakah cinta mereka kembali bertaut? 

Informasi Ringkas Tentang Drama Bintang

Tajuk Drama : Bintang
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 6 April 2023
Waktu Tayangan : Setiap Hari Rabu hingga Sabtu, Jam 9:00 Malam
Pengarah : Nizam Zakaria
Terbitan : Country & Universal Sdn Bhd
Pelakon : Daniel Fong, Ruhainies, Keith Foo, Siti Harieza, Azhar Sulaiman, Azri Iskandar, Nazeera Sardi, Haidar Hasanudin, Natasha Elyzza, Nadia Kesuma, Ain Evon, Faa Zaini, Zazly Baginda, Badrul Muhayat, Hawa Fasha dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama