Drama Kerasnya Takdir

Drama Kerasnya Takdir | Drama Melur Untuk Firdaus 2 akan tamat tidak lama lagi dan akan digantikan dengan drama baru bertajuk Kerasnya Takdir lakonan Amyra Rosli dan Rezda Rosli yang akan ditayangkan menerusi Slot Akasia di TV3. 

Jom Tonton Drama Kerasnya Takdir 

Poster Drama Kerasnya Takdir TV3 Slot Akasia

Selain Amyra Rosli dan Redza Rosli, drama Kerasnya Takdir dimeriahkan oleh ramai lagi pelakon lain seperti Kartina Aziz, Mia Nasir, Rita Rudaini, Azrel Ismail, Ungku Hariz dan ramai lagi. Drama ini akan ditayangkan setiap hari bermula 22 April 2023 jam 7:00 Petang.

Sinopsis Drama Kerasnya Takdir

Drama Kerasnya Takdir mengisahkan tentang Jeha yang berkahwin dengan anak berada yang bernama Syed Munir tetapi tidak direstui oleh pihak lelaki kerana tidak mengetahui asal usul Jeha. Hasil dari perkahwinan tersebut, Jeha dan Syed Munir dikurniakan seorang anak.

Namun perkahwinan mereka diuji apabila Syed Munir terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kelumpuhan. Disebabkan itu, Jeha terpaksa bekerja untuk menampung hidup mereka. Ujian Jeha tidak berakhir disitu kerana selepas itu dia terpisah dengan suami dan anaknya sehingga dianggap gila. 

Apakah yang berlaku sebenarnya? 

Informasi Ringkas Drama Kerasnya Takdir

Tajuk Drama : Kerasnya Takdir
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 22 April 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari, 7:00 Petang
Pengarah : Emi Suffian
Terbitan : Creative Skill Solution Sdn Bhd
Pelakon : Amyra Rosli, Redza Rosli, Kartina Aziz, Mia Nasir, Rita Rudaini, Azrel Ismail, Ungku Hariz, Sharifah Husna, Azlee Khairi, Halim Radzi dan ramai lagi 
Terbaru Lebih lama