Drama Luruhnya Bunga Cinta
Tonton Drama Luruhnya Bunga Cinta, Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta, Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta, Drama baru TV3 tahun 2023,
Drama Luruhnya Bunga Cinta | Drama Melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang adalah Luruhnya Bunga Cinta. Untuk pengetahuan korang semua, menurut laman sesawang iQIYI, drama Luruhnya Bunga Cinta adalah adaptasi dari sebuah drama korea yang popular dahulu iaitu Autumn In My Heart.
Jom Tonton Drama Luruhnya Bunga Cinta
Drama Luruhnya Bunga Cinta yang diarahkan oleh Riza Baharudin ini akan mula bersiaran pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7:00 malam menerusi Slot Akasia di TV3.
Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Luruhnya Bunga Cinta secara online di laman sesawang atau aplikasi iQIYI.
Drama bersiri 40 episod terbitan Global Station Sdn Bhd ini dibintangi oleh ramai pelakon senior dan baru dalam industri seperti Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali dan ramai lagi.
Informasi Ringkas Tentang Drama Luruhnya Bunga Cinta
Tajuk Drama : Luruhnya Bunga Cinta
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 19 September 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, Jam 7:00 Malam
Pengarah : Riza Baharudin
Terbitan : Global Staion Sdn Bhd
Pelakon : Redza Rosli, Tracie Sinidol, Nabila Razali, dan ramai lagi
Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
Drama Luruhnya Bunga Cinta mengisahkan tentang Nuh (Redza Rosli) tanpa sengaja telah menjatuhkan kad nama kakaknya sehingga tertukar dengan bayi yang lain.Selepas beberapa tahun kemudian, Nuh membesar dengan "adiknya" Nuha (Tracie Sinidol) tanpa mengetahui status mereka yang sebenar sehinggalah terjadinya insiden yang memerlukan Nuha melakukan pemindahan darah dan membongkar segala kebenaran.
Disitulah bermulanya drama yang kita semua tidak tahu! Apakah yang berlaku? Jom tonton drama Luruhnya Bunga Cinta.