Drama Dara & The Gang

Drama Dara And The Gang | Drama Melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang adalah Drama Dara & The Gang. Untuk pengetahuan korang, drama ini diinspirasikan oleh novel Dara Gangster And The Gang karya Amarilis Rahim.

Jom Tonton Drama Dara & The Gang

Drama Dara & The Gang yang diarahkan oleh Zul Huzaimy ini akan bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 6:00 Petang menerusi Slot Sakura di TV3 bermula 28 September 2023. 

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Dara & The Gang secara online di laman sesawang atau aplikasi Tonton.


Drama bersiri 13 episod terbitan Wiranusa Corporation ini dibintangi oleh Erysha Emyra, Shasha Abedul, Arena Wan dan Chubb E sebagai teraju utama. Selain itu, drama ini juga turut dijayakan oleh beberapa pelakon lain seperti Enot, Cat Farish, Apit Wan Lebo dan ramai lagi.

Informasi Ringkas Tentang Drama Dara & The Gang

Tajuk Drama : Dara & The Gang
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 28 September 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari rabu dan khamis, Jam 6:00 Petang
Pengarah : Zul Huzaimy
Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd 
Pelakon : Erysha Emyra, Shasha Abedul, Arena Wan, Chubb E, Enot, Cat Farish, Apit Wan Lebo dan ramai lagi

Sinopsis Drama Dara & The Gang

Mengisahkan tentang Dara, Bedah dan Busu yang dikenali orang penduduk kampung disebabkan oleh perangai mereka yang sangat nakal. Kejadian bermain mercun sehingga menyebabkan motosikal Pak Iman terbabas, Dara dikenali dengan nama Dara Gangster oleh penduduk kampung. 

Tetapi selepas kehadiran seorang posmen yang kacak bernama Rizal. Dara mula berubah menjadi gadis yang lebih sopan untuk menarik perhatian posmen kacak tersebut! 
Terbaru Lebih lama