Drama Bukan Lelaki Terhebat

Drama gandingan terbaru Adam Lee dan Sweet Qismina bertajuk Bukan Lelaki Terhebat akan ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda menggantikan drama Aku Tanpa Cintamu lakonan Zamarul Hisyam dan Bella Astillah. Drama Bukan Lelaki Terhebat adalah Adaptasi dari novel karya Dilla Ahmad dengan tajuk yang sama iaitu Bukan Lelaki Terhebat.

Jom Tonton Drama Bukan Lelaki Terhebat (TV3)

drama bukan lelaki terhebat

Drama Bukan Lelaki Terhebat 15 episod ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan ianya turut dibintangi oleh ramai pelakon antaranya adalah  Halim Radzi, Omar Abdullah, Zarina Zainuddin, Sham Visa, Arash Mohamad, Harissa Adlynn dan Anies Hanani. Drama ini akan mula bersiaran pada 26 Januari 2023 setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 malam. Selain itu korang juga boleh menonton drama ini secara online di watch.tonton.com.my atau download aplikasi iQIYI untuk tengok di smartphone.

Sinopis Drama Bukan Lelaki Terhebat

Drama Bukan Lelaki Terhebat mengisahkan tentang seorang pengawal peribadi bernama Jaden yang jatuh cinta dengan perempuan simpanan bosnya, Ariana. Situasi menjadi hura hara apabila niatnya untuk berkahwin dengan Ariana diketahui dan nyawa Jaden berada dalam bahaya.

Jaden bernasib baik kerana Seri Dhia muncul pada waktu yang tepat untuk menyelamatkannya. Selepas kejadian tersebut mereka mula jatuh cinta tetapi keadaan menjadi lebih rumit apabila Ariana tahu yang Jaden sebenarnya masih hidup.

Informasi Ringkas Tentang Drama Bukan Lelaki Terhebat

Tajuk Drama : Bukan Lelaki Terhebat
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 27 Januari 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, Jam 10:00 Malam
Pengarah : Eoon Shuhaini 
Terbitan : Orangetree Production Sdn Bhd
Lakonan : Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi, Omar Abdullah, Zarina Zainuddin, Sham Visa, Arash Mohamad, Harissa Adlynn, Anies Hanani, Hasnul Rahmat, Rashidah Jaafar dan ramai lagi. 

Tonton Trailer Rasmi Drama Bukan Lelaki Terhebat

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama