Pelancaran Lagu Tema Filem Baru 2023 Coast Guard Malaysia : Ops Helang
filem melayu best 2023 coast guard ops helang, lagu tema coast guard ops helang, lirik lagu yes sir, lirik lagu tema coast guard ops helang, lagu baru
Baru baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran lagu tema filem melayu baru 2023 bertajuk Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang bakal ditayangkan di pawagam mulai 2 februari 2023 akan datang. Pelancaran lagu tema filem Coast Guard : Ops Helang diadakan di Stesen Udara Maritim Subang untuk memberikan pengalaman yang menarik buat mereka yang hadir.
Pelancaran Lagu Tema Coast Guard Malaysia : Ops Helang Meriah Dengan Gimik
Lagu tema filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang dilancarkan dengan penuh gimik membuatkan mereka yang hadir teruja untuk merakam kejadian tersebut termasuklah aku sendiri. Penat berlari nak rakam video berbaloi sebab dapat menikmati makanan dari Incite Foodtech dan minuman dari Union Coffee yang merupakan penaja utama majlis pelancaran lagu tema filem ini.
Seperti yang korang tengok dalam video yang aku kongsikan, lagu tema atau lagu OST filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang dinyanyikan oleh dua orang penyanyi iaitu Zamani dan juga Ariff Peter. Tajuk lagunya adalah Yes Sir. Informasi ringkas berkenaan lagu tersebut adalah seperti dibawah :
Tajuk Lagu : Yes Sir
Penyanyi : Zamani, Ariff Peter
Lirik : Ariff Peter, Pwn Hasril, Otromen dan Nass
Music Arrangement : Pown Hasril dan Jack Jafni
Mixing & Master : Jack Jafni
Publishing : Cof Music Publishing
Terbitan : Cof Music
Menarik tentang lagu ini adalah ianya ditulis khusus untuk filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang yang mengisahkan tentang kehidupan Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.
Untuk pengetahuan semua, gimik pelancaran lagu tema atau lagu ost filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang dilakukan dengan baik sekali oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Berkenaan dengan filem pula, Coast Guard Malaysia : Ops Helang mendapat kerjasama penuh dari pelbagai pihak termasuklah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan juga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Dengan kerjasama yang hebat ini terhasillah filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang untuk dipertontonkan kepada kita semua bagaimana realiti sebuah badan Coast Guard negara menjalankan tanggungjawab mereka memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.
Seperti yang aku maklumkan pada awal artikel, filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Jadi, korang ambillah peluang yang ada untuk menonton filem ini bersama keluarga dan kawan kawan tapi sebelum pergi jangan lupa dengar lagu Yes Sir nyanyian Zamani dan Ariff Peter dulu barulah bersemangat nak tengok. Nak lagi best? boleh hafal lirik lagu Yes Sir dan nyanyi sama sama.
Lirik Lagu Yes Sir - Zamani ft Ariff Peter
Yes SirHidup Kena SteadyApa Apa JadiHidup Ini Kena ReadyYes SirLawan Sampai MatiDah Habis SenjataMasih Ada Tangan KakiYes SirHidup Kena SteadyApa Apa JadiHidup Ini Kena ReadyYes SirLawan Sampai MatiDah Habis SenjataMasih Ada Tangan KakiLautan Luas Bahtera Aku MarkasJaga Setiap Sudut Tiada Musuh Yang TerlepasBukan Soal Berani Atau Pun Siapa BuasYang Cari Nahas Aku Bagi Jumpa RuasHabis Peluru Aku Bagi Buku LimaLautan Tenang Tapi Jangan Main GilaBiar Putih Tulang Daripada Putih MataRela Berkorban Nyawa Demi Anak BangsaKu Tak Peduli Apa Yang MenantiSelagi Kaki Berpijak Di BumiJangan Dicabar Bila Dah BerbudiLautan Sunyi Pun Boleh BerbunyiYes SirHidup Kena SteadyApa Apa JadiHidup Ini Kena ReadyYes SirLawan Sampai MatiDah Habis SenjataMasih Ada Tangan KakiYes SirHidup Kena SteadyApa Apa JadiHidup Ini Kena ReadyYes SirLawan Sampai MatiDah Habis SenjataMasih Ada Tangan KakiSalutPanggilan Perang Aku SahutRoger Dalam Radar Mana Mana Area LautHidup Berpantang Ajal Sebelum Jumpa MautJadi Kau Boleh Tengok Siapa Karam Siapa HanyutIni AmaranKita Masih Aman Asal Tak Langgar SempadanSelagi Ku Bernyawa Tak Bagi Siapa TawanTak Peduli Berapa Kuatnya Pihak LawanKalau Perlu Ku LawanKu Tak Peduli Apa Yang MenantiSelagi Kaki Berpijak Di BumiJangan Dicabar Bila Dah BerbudiLautan Sunyi Pun Boleh BerbunyiYes SirHidup Kena SteadyApa Apa JadiHidup Ini Kena ReadyYes SirLawan Sampai MatiDah Habis SenjataMasih Ada Tangan KakiYes SirHidup Kena SteadyApa Apa JadiHidup Ini Kena ReadyYes SirLawan Sampai MatiDah Habis SenjataMasih Ada Tangan Kaki