Drama Akira Khan

Bermula 18 Januari 2023, satu lagi drama baru adaptasi novel bakal ditayangkan menerusi slot Megadrama di Astro RIA. Drama yang aku maksudkan adalah Akira Khan! Ianya diadaptasikan dari novel karya Ammara Ayyash dengan tajuk yang sama. 


Drama Akira dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai teraju utama dan dibantu oleh ramai pelakon lain seperti Maria Farida, Irfan Zaini, Julia Farhana Marin, Pushpa Narayan, Esma Daniel dan ramai lagi. Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 malam.

Sinopsis Drama Akira Khan

Drama Akira Khan adalah tentang kisah percintaan Akira dan Raden yang penuh dengan dugaan. Akira, seorang gadis pakistan dan Raden pula lelaki melayu yang tinggal di Malaysia. Mereka jatuh cinta dan berkahwin tetapi ketika Raden berada di Malaysia dia hilang ingatan disebabkan oleh kemalangan. Walau pun mereka berjumpa selepas beberapa tahun Raden tidak mengenali Akira. Adakah ingatan Raden akan kembali pulih? Apa yang berlaku selepas Raden hilang ingatan? Semuanya akan terjawab mulai 18 Januari akan datang.

Informasi Ringkas Tentang Drama Akira Khan

Tajuk Drama : Akira Khan
Saluran : Astro
Tarikh Tayangan : Bermula 18 Januari 2023
Waktu Tayangan : Setiap Hari Isnin Hingga Khamis, Jam 10:00 Malam
Pengarah : Jamal Khan 
Terbitan : SR One Sdn Bhd
Pelakon : Uqasha Senrose, Kamal Adli, Maria Farida, Irfan Zaini, Julia Farhana Marin, Pushpa Narayan, Esma Daniel, Idzham Ismail, Dilla Ahmad, Safura Ya'cob, Mak Wan, Razman Mahayuddin dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama