Senarai Drama Korea Best Dan Menarik Bulan Februari 2023

Hai Kdrama lovers! Kembali lagi kita dalam artikel tentang drama korea baru yang best dan menarik untuk ditonton pada bulan februari 2023. Sejujurnya drama korea bulan januari tak ada satu pun aku tengok sebab tak sempat. Korang pulak macam mana? Dah tengok semua atau sama jer macam aku? 

Senarai drama korea bulan februari 2023

Apa pun yang lepas kita masukkan dalam waiting list dulu sebab sekarang ini aku nak kongsikan tentang drama korea terbaru bulan februari 2023. Kalau korang nak tahu ada beberapa drama korea popular sebelum ini akan ditayangkan untuk musim yang kedua contohnya Taxi Driver 2 dan juga Island 2. Selain itu ada bebrapa drama korea lain yang mungkin akan menarik minat korang untuk menonton seperti Our Blooming Youth, Call It Love dan banyak lagi. 

Senarai Drama Korea Akan Datang Bulan Februari 2023

1. Island 2

Drama korea bertajuk island yang popular dan mendapat rating yang agak tinggi di google akan bersambung untuk musim yang kedua pada 24 Februari 2023. Drama ini akan disiarkan menerusi online streaming platfrom TVING.

2. Taxi Driver 2

Korang ingat tak lagi drama korea Taxi Driver yang digemari ramai pada tahun 2021? Mestilah ingat kan sebab drama ini mendapat rating yang tinggi dari peminat di google. Sekarang drama ini bakal ditayangkan untuk musim yang kedua di saluran SBS bermula 17 Febuari 2023 akan datang.

3. The Heavenly Idol 

Kalau korang suka drama korea yang bergenre fantasi, The Heavenly Idol adalah drama yang korang kena tengok. Sedikit info tentang drama ini, ianya mengisahkan tentang Pontifex Lembrary yang mempunyai kuasa hebat dan sewaktu melawan iblis, dirinya dipindahkan ke dunia lain dan merasuk tubuh orang lain yang merupakan seorang idol. The Heavenly Idol akan bersiaran di saluran TVN bermula 15 Februari 2023 akan datang. 

4. Big Bet 2

Satu lagi drama korea yang akan ditayangkan untuk musim kedua adalah Big Bet! Untuk musim baru Big Bet 2 juga akan disiarkan menerusi online streaming platform Disney Plus bermula 15 Februari 2023 sebanyak 8 episod.

5. Call It Love

Drama Call It Love mengisahkan tentang seorang perempuan yang cuba untuk membalas dendam kepada perempuan simpanan arwah ayahnya tetapi dalam usaha ingin membalas dendam dia jatuh cinta kepada anak perempuan simpanan tersebut. Drama ini akan ditayangkan bermula 22 Februari 2023 di online streaming platform Disney Plus

6. Our Blooming Youth

Buat peminat historical drama atau period drama, Our Blooming Youth adalah salah satu drama korea yang korang boleh layan pada bulan februari akan datang.  Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis pintar  yang datang dari keluarga ternama dituduh membunuh ahli keluarganya. Korang boleh tonton drama ini bermula 6 Februari 2023 di saluran TVN

7. Love To Hate You

Drama Love To Hate You akan ditayangkan di online streaming platform Netflix bermula 10 Februari 2023 akan datang. Drama ini mengisahkan tentang seorang wanita yang tidak percayakan lelaki dan begitu juga dengan watak lelaki yang tidak percayakan wanita. Sangat rumit kan? tapi bayangkan kalau dorang berdua jatuh cinta? mesti huru hara. Tengok trailer pun dah pening kepala hehe.

Berikut adalah senarai drama korea baru yang bakal ditayangkan pada bulan februari 2023. Jangan lupa bookmark artikel ini untuk future reference. Senang nanti kalau tak tahu nak tengok drama apa boleh rujuk balik artikel senarai drama korea best dan menarik bulan februari 2023. 

Baca Juga : Senarai Drama Korea Bulan Januari 2023

Terbaru Lebih lama