Senarai Drama Korea Best dan Menarik Bulan Januari 2023

Cepat betul masa berlalu, sekarang dah masuk bulan januari 2023! Ini bermaksud semakin banyaklah drama korea baru yang korang kena tengok hehe. Seperti biasa setiap bulan akan ada banyak drama korea yang best dan menarik disiarkan menerusi saluran TV dan streaming platform untuk tontonan peminat drama korea.

drama korea baru best dan menarik januari 2023

Untuk bulan januari 2023, terdapat beberapa drama korea yang akan ditayangkan contohnya Poong the Joseon Psychiatrist Season 2, Run Into You, Brain Works dan banyak lagi. Kalau nak tengok senarai drama korea terbaru bulan Januari 2023, korang boleh rujuk informasi yang aku kongsikan dibawah. 

Senarai Drama Korea Baru Yang Best Dan Menarik Bulan Januari 2023

 1. Poong, the Joseon Psychiatrist season 2

Buat peminat drama Poong, the Joseon Psychiatrist musim yang pertama korang mesti tak sabar nak tengok drama ini untuk musim yang kedua. Korang tak perlu menunggu lama kerana drama Poong the Joseon Psychiatrist season 2 akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2023 di saluran TV setiap hari Rabu dan Khamis  jam 10:30 Malam

Korang juga boleh menonton Poong, the Joseon Psychiatrist season 2 di streaming platform TVING dan juga VIU Malaysia.


2. Kokdu : Season of Deity

Kalau korang suka tengok drama yang berkaitan dengan "grim reaper" bolehlah tonton Kokdu : Season of Deity lakonan Kim Jung-Hyun dan juga Lim Soo - Hyang. Drama ini akan bersiaran di Saluran MBC bermula 27 Januari 2023 pada setiap hari Jumaat dan Sabtu Jam 10:00 Malam


3. Agency

Satu lagi drama korea yang bakal menarik perhatian korang adalah Agency. Drama ini terajui oleh Lee Bo-Young yang mengisahkan tentang seorang wanita yang bekerja keras demi kariernya. Drama Agency akan mula bersiaran di saluran JBTC pada 7 Januari 2023 pada setiap hari sabtu dan ahad jam 10:30 Malam menggantikan drama popular Reborn Rich.


4. Brain Works

Mengisahkan tentang Neuroscientist dan seorang detektif bekerjasama menyelesaikan kes jenayah bertajuk Brain Works ini sudah mula bersiaran pada 2 Januari 2023 di saluran KBS2. Ianya ditayangkan pada setiap hari Isnin dan Selesa jam 9:50 Malam. Korang juga boleh menonton drama Brain Works di streaming platfrom VIU Malaysia


5. Payback

Payback adalah drama korea yang bergenre thriller dimana ianya dibintangi oleh pelakon popular Lee Sun-Kyun yang pernah membintangi filem Parasite. Drama Payback akan mula ditayangkan pada 6 Januari 2023 di saluran SBS pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 10:00 Malam.


6. Can We Be Strangers

Dah bercerai tapi kena kerja tempat sama? Macam menarik kan? Kalau korang nak tahu apa yang berlaku boleh tengok drama korea baru bertajuk Can We Be Strangers yang akan ditayangkan di ENA dan Genie TV bermula 18 Januari 2023 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9:00 Malam.


7. Crash Course In Romance

Crash Course In Romance adalah drama korea baru yang akan menggantikan Alchemy Of Souls : Light and Shadow. Drama ini akan mula bersiaran di TVN bermula 14 Januari 2023 pada setiap hari sabtu dan ahad jan 9:10 Malam. Korang juga boleh menonton drama ini di streaming platform Netflix.


Berikut adalah antara drama korea yang akan ditayangkan pada bulan januari 2023. Boleh tahan banyak juga ya drama korea baru yang kita kena tengok untuk permulaan tahun 2023. Antara drama yang menarik perhatian aku adalah Brain Works dan juga Poong, the Joseon Psychiatrist musim kedua tapi kena tengok yang musim pertama dululah sebab tak pernah tengok lagi hehe. 

Aku harap dengan perkongsian tentang drama korea bulan januari 2023 boleh membantu korang memilih drama korea mana yang menarik perhatian untuk ditonton. Apa pun kita jumpa lagi dalam artikel tentang senarai drama korea bulan Februari akan datang. Bye!
Terbaru Lebih lama