Drama Obsesi Dia

Obsesi Dia adalah sebuah drama bersiri yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Drama ini diinspirasikan oleh sebuah novel yang bertajuk The Witness karya Suhailah Selamat. Drama Obsesi Dia akan diterajui oleh Zaki Azeman dan juga Sophia Albarakbah.

Jom Tonton Drama Obsesi Dia

Drama Obsesi Dia

Selain pelakon utama, drama Obsesi Dia turut dimeriahkan oleh beberapa pelakon lain seperti Ashraf Muslim, Faha Azhar, Azhiril Adzim, Kak Girl, Fify Azmi dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Obsesi Dia

Drama Obsesi Dia mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis bernama Affiyah yang berubah selepas menjadi saksi kepada satu kes pembunuhan dimana dia sering dihantui oleh seorang lelaki misteri. 

Pada suatu hari Affiyah ditimpa kemalangan yang membuatkannya mengalami amnesia dan ayahnya pula meninggal kerana dibunuh oleh pembunuh psiko. Disebabkan oleh kejadian tersebut, identiti Affiyah ditukar untuk melindungi dirinya dari pembunuh tersebut.

Apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah Affiyah selamat selepas menukar identitinya? Siapakah pembunuh psiko yang ingin memusnahkan hidup Affiyah? Semuanya akan terjawab dalam drama Obsesi Dia yang akan ditayangkan di TV3.

Informasi Ringkas Tentang Drama Obsesi Dia

Tajuk Drama : Obsesi Dia
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : TBA
Waktu Tayangan : TBA
Pengarah :  Eoon Shuhaini
Terbitan : Saphire Screen Sdn Bhd
Pelakon : Zaki Azeman, Sophia Albarakbah,  Ashraf Muslim, Faha Azhar, Azhiril Adzim, Kak Girl, Fify Azmi, Jay Iswazir, Razman Mahyuddin, Zazly Baginda, Alif Hadi, Anies Hann dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama