Drama Budak Tebing 3

Buat penggemar drama Budak Tebing dan Budak Tebing 2, korang mesti tak sabar nak tonton drama Budak Tebing 3 yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Untuk pengetahuan pembaca blog luqman zakaria, drama Budak Tebing 3 dibintangi oleh ramai pelakon muda seperti Aedy Ashraf, Adam Lee dan Eyka Farhana.

Jom Tonton Drama Budak Tebing 3

Drama Budak Tebing 3

Drama Budak Tebing 3 arahan Nizam Zakaria turut dibintangi oleh Bell Dowanna, Firdaus Ghufran, Nia Natasha, Azhar Sulaiman, Nabil Aqil dan banyak lagi. Drama in akan mula ditayangkan bermula 14 Disember 2022 pada setiap hari rabu hingga sabtu jam 9:00 Malam.

Drama Budak Tebing 3

Sinopsis Drama Budak Tebing 3

Budak Tebing 3 mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang dibelengu dengan pelbagai masalah dan dugaan hidup. Untuk musim yang baru mereka semua sudah berubah ke satu fasa hidup yang lebih dewasa.

Selepas bekerja, Arif kini lebih serious dan hubungannya dengan yoyol tidak seperti dulu kerana yoyol banyak menghabiskan masa di tebing. Kemunculan watak watak baru juga menjadi tanya tanya terutama sekali watak badass yang sering mendekati budak budak tebing. Begitu juga dengan watak kylo yang ingin menyatukan budak budak tebing. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Budak Tebing 3

Tajuk Drama : Budak Tebing 3
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 14 Disember 2022
Waktu Tayangan : Setiap Hari Rabu hingga Sabtu Jam 9:00 Malam
Pengarah : Nizam Zakaria
Terbitan : Country Universal Sdn Bhd
Pelakon : Aedy Ashraf, Adam Lee, Eyka Farhana, Bell Dowanna, Firdaus Ghufran, Nia Natasha, Azhar Sulaiman, Nabil Aqil, Izz Ilham, Nelissa Nizam, Nia Natasha dan lain lain.
Terbaru Lebih lama