Senarai Drama Melayu Baru Akan Datang Di TV3 Tahun 2022
Senarai Drama Melayu Baru Akan Datang Di TV3 Tahun 2022 di slot akasia, slot samarinda, slot lestary dan slot sakura, senarai Drama melayu baru best
Drama yang ditayangkan di TV3 adalah antara yang dinantikan oleh ramai peminat drama melayu diluar sana. Terdapat beberapa slot tayangan drama yang diperkenalkan oleh TV3. Antara slot yang ada di TV3 adalah Slot Akasia, Slot Sakura, Slot Samarinda, Slot Lestary dan beberapa lagi.
Senarai Drama Melayu Baru Akan Datang Di TV3
Dalam artikel kali ini aku akan kongsikan tentang drama baru yang akan ditayangkan di TV mengikut Slot drama yang ada oleh TV3. Sebelum itu aku nak kongsikan dahulu drama yang masih ditayangkan di TV3 sewaktu artikel ini dibuat. Antara drama TV3 yang boleh korang tengok sekarang adalah Cinta Buat Dara, Anak Beranak Abe Yie, Biarkan Ia Pergi, Gerak Khas Undercover Musim 2 dan Ku Punya Hati.
Drama Melayu akan datang di TV3 adalah seperti berikut :
Slot Sakura (Tayangan setiap hari isnin hingga khamis, Jam 6:00 Petang)
- Drama The Pak Mat Clan - Tamat
- Drama Chinta Arjuna - Sedang Ditayangkan
Slot Lestary (Tayangan Setiap Rabu hingga Sabtu, Jam 9:00 Malam)
- Drama Adakah Kau Menungguku - Tamat
- Drama Sentuhan Najwa - Tamat
- Drama Kampung People 3 - Tamat
- Drama Budak Tebing 3 - Sedang Ditayangkan
Slot Akasia (Tayangan Setiap Isnin hingga Jumaat, Jam 7:00 Malam)
- Drama Sekali Lagi Cinta Kembali - Tamat
- Drama Wanita Milik Tuan Putra - Tamat
- Drama Terima Kasih Cinta - Tamat
- Drama Kerana Cinta Itu Ada - Sedang Ditayangkan
Slot Samarinda (Setiap Isnin hingga Khamis, Jam 10:00 Malam)
- Drama Aku Tanpa Cintamu - Tamat
- Drama Suri Hati - Tamat
- Drama Rindu Kasih - Tamat
- Drama Hati Tanpa Rasa - Sedang Ditayangkan
Berikut adalah senarai drama melayu baru yang akan ditayangkan di TV3 mengikut slot masing masing tidak lama lagi. Sekiranya ada tambahan, aku akan kemaskini dari semasa ke semasa. Selamat menonton kepada semua pembaca blog luqman zakaria.