Drama Adakah Engkau Menungguku

Adakah Engkau Menungguku adalah sebuah drama terbaru yang akan ditayangkan di TV3 dalam Slot Lestary Menggantikan drama Cinta Buat Dara. Drama baru Adakah Engkau Menungguku dilakonkan oleh Adam Lee dan Wanna Ali sebagai teraju utama.

Turut membintangi drama Adakah Engkau Menungguku adalah Elanie Aidid, Khaty Azian, Neera Azizi, Syafi Tee, Rosli Rahman Adam dan ramai lagi. 

Sinopsis Drama Adakah Engkau Menungguku

Drama Adakah Engkau Menungguku mengisahkan tentang Ariana (Wanna Ali) yang menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya begitu lama sekali tetapi akhirnya hubungan tersebut terputus ditengah jalan apabila kekasihnya berkahwin dengan pilihan orang tua.

Kekecewaan tersebut membawa Ariana ke sebuah restoren yang mempertemukan dia dengan seorang lelaki bernama Ikmal (Adam Lee). Apakah yang akan berlaku selepas itu? 

Korang kenalah tengok drama Adakah Engkau Menungguku bermula 29 September 2022 akan datang pada jam 9:00 Malam setiap hari rabu hingga sabtu.

Drama Adakah Engkau Menungguku tv3

Informasi Tentang Drama Adakah Engkau Menungguku 

Tajuk Drama : Adakah Engkau Menungguku
Tarikh Tayangan : Mulai 29 September 2022
Waktu Tayangan : Setiap hari Rabu hingga Sabtu, Jam 9:00 Malam
Pengarah : Azmi Hatta
Terbitan : OrangeTree Production Sdn Bhd
Lakonan : Adam Lee, Wanna Ali, Elanie Aidid, Khaty Azian, Rosli Rahman Adam, Neera Azizi, Wan Nor Azlin, Syafi Tee, Sherry Ibrahim, Wani Kayrie, Farhan Asri

Terbaru Lebih lama