Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama terbaru bertajuk Sekali Lagi Cinta Kembali akan menemui korang semua di TV3 menerusi slot Akasia menggantikan Drama Ku Punya Hati. Drama Sekali Lagi Cinta Kembali dibintangai oleh Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai watak utama.


Dtama Sekali Lagi Cinta Kembali akan ditayangkan bermula 13 September 2022 pada Jam 7:00 Malam setiap hari Isnin hingga Jumaat. Selain Aniq Suhair dan Siti Khadijah, beberapa pelakon lain yang terlibat sama dalam drama ini adalah Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Syamim Farid, Izzendra dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Sekali Lagi Cinta kembali mengisahkan tentang seorang gadis yang complicated bernama Aira. Dia seperti sangat anti dengan lelaki dan menganggap lelaki seperti virus. Aira melarikan diri dari rumah sebaik sahaja Imran mengahwini adiknya yang bernama Hana. 

Dalam satu kejadian, Aira menggantikan tempat Doktor Halina sebagai therapist menyebabkan Zafran dan Amberlyn bercerai. Aira cuba untuk perbaiki apa yang dilakukannya dengan menjadi babysitter Syafi yang merupakan anak kepada Zafran.

Pada masa yang sama Aira mengenali seorang lelaki bernama Hayyat, abang zafran yang kerek. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Adakah kehidupan Aira akan menjadi huru hara? Jom tonton drama Sekali Lagi Cinta Kembali di TV3 tidak lama lagi.

Informasi Tentang Drama Sekali Lagi Cinta Kembali 28 Episod

Tajuk Drama : Sekali Lagi Cinta Kembali
Tarikh Tayangan : Bermula 13 September 2022
Waktu Tayangan : Isnin hingga Jumaat. Jam 7:00 Malam
Pengarah : Riza Baharudin
Terbitan : A. Aida Production Sdn Bhd
Lakonan : Aniq Suhair, Siti Khadijah, Zaki Azeman, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar, Syamim Farid, Nina KSC, Shatirah Amanda, Ellyas Abdullah, Siti Hariesa dan ramai lagi.

Terbaru Lebih lama