Drama Terima kasih Cinta

Drama baru Slot Akasia TV3 yang mengandingkan Amar Baharin dan Anna Jobling akan bersiaran tidak lama lagi menggantikan drama sebelum ini bertajuk Wanita Milik Tuan Putra. Drama baru TV3 ini diadaptasikan dari sebuah novel karya Aisya Sofea dengan tajuk yang sama iaitu Terima Kasih Cinta


Sinopsis Drama Terima Kasih Cinta

Drama Terima Kasih Cinta mengisahkan tentang Wan Raihana (Anna Jobling) yang dilema disebabkan oleh dua jejaka dan pada masa yang sama dia dikejutkan dengan lamaran dari Harris (Amar Baharin). 

Harris adalah seorang lelaki yang sudah mempunyai dua orang anak bernama Yaya dan juga Lea. Pada awalnya Harris tidak mahu Wan Raihana atau An mendekati Yaya dan Lea tetapi akhirnya dia melamar An untuk dijadikan sebagai isteri dan ibu kepada anak anaknya. 

Adakah An menerima lamaran Harris? Adakah Harris cuba untuk berkahwin dengan An semata mata untuk anak anaknya sahaja? Adakah kebahagian akan memihak kepada An?

Banyak persoalan yang timbul tetapi semuanya akan terjawab tidak lama lagi. Jangan lupa tonton drama Terima Kasih Cinta bermula 30 November 2022 akan datang!

Informasi Ringkas Tentang Drama Terima Kasih Cinta

Tajuk Drama : Terima Kasih Cinta 
Saluran : TV3
Tarikh Tayangan : Bermula 30 November 2022
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Jumaat, Jam 7:00 Malam
Pengarah : Azri Azhar
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Pelakon : Amar Baharin, Anna Jobling, Rita Nadira, Wan Sharmila, Azrel Ismail, Faez Malek, Aida Khalida, Syafnida Shuhaimi, Azhar Amir, Noniswara, Taib Zamannuri, Kiky Hannah dan ramai lagi

Tonton Trailer Drama Terima Kasih Cinta 

Terbaru Lebih lama