Drama Roti Cicah Susu

Drama melayu baru yang akan disiarkan menerusi Slot Drama Jam 11 Malam adalah Roti Cicah Susu yang diadaptasi dari sebuah novel karya Liza Nur. Drama ini akan ditayangkan bermula 10 Oktober 2022 menggantikan drama Bukan Pi Mai Pi Mai yang baru sahaja tamat baru baru ini. 


Drama Roti Cicah Susu dibintangi oleh Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Fad Anuar, Farahdhiya, Dato Fizz Fairuz bersama beberapa pelakon lain lagi seperti Afifah Nasir, Sharifah Shahora dan ramai lagi. Drama ini akan menemui penonton di Astro Ria setiap hari isnin hingga khamis jam 11:00 malam.

Sinopsis Drama Roti Cicah Susu

Drama ini mengisahkan tentang empat orang sahabat yang dibesarkan bersama sama di sebuah rumah kebajikan yang dikenali dengan nama Teratak Markissa tetapi sebelum sempat dewasa mereka terpisah disebabkan oleh Geng Tengkorak. 

Adakah mereka akan bertemu kembali selepas sekian lama terpisah? Apakah yang akan berlaku selepas itu? Jom tonton drama Roti Cicah susu di Astro Ria. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Roti Cicah Susu

Tajuk Drama : Roti Cicah Susu
Saluran : Astro Ria
Tarikh Tayangan : Bermula 10 Oktober 2022
Waktu Tayangan : Setiap Hari Isnin hingga Khamis, Jam 11:00 Malam
Pengarah : Azman Hj Yahya, Sheila Rusly
Terbitan : JS Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Haneesya Hanee, Syazuwan Hassan, Fad Anuar, Farahdhiya, Dato Fizz Fairuz, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi. 

Terbaru Lebih lama