Antara yang menarik dan TERBARU di LEGOLAND Malaysia - Kemunculan Lego Star Wars -

Pada awal tahun 2013, aku berpeluang untuk menjejakkan kaki di LEGOLAND Malaysia untuk meneroka sendiri dunia imaginasi kanak kanak yang semestinya memberikan kepuasan maximum kepada Keluarga dan kanak kanak yang berumur 2 - 12 tahun. Mungkin pada mereka yang lebih Remaja merasakan LEGOLAND adalah lokasi yang tidak sesuai untuk mereka tetapi bagi kanak kanak, LEGOLAND adalah dunia kedua mereka yang sangat menyeronokkan.


LEGOLAND Malaysia, 7, Jalan LEGOLAND, Bandar Medini Iskandar Malaysia, Nusajaya, Johor Darul Takzim, Malaysia, 79250

Contact : 07-9578888
Email : info@legoland.my


Antara yang menarik perhatian aku, kanak kanak yang berkunjung di Family Theme Park ini, mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti yang kebanyakannya dilakukan oleh orang dewasa seperti mengambil Ujian memandu, bermain jetski, bersaing dalam jousting tournament, mereka bentuk robot LEGO dan lain lain lagi. 



Ramai kanak kanak yang memandu. Mereka memandu dengan cermat. kalau korang sendiri tengok situasi ini sendiri. korang boleh nampak betapa seronoknya dorang. 




Cube tengok reaksi kanak kanak yang duduk dalam kenderaan police tuh. Kemain seronok. itu adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan oleh keluarga bersama anak anak. Pandu kenderaan dan lepas tuh padamkan api di bangunan yang terbakar. *bukan api betullah. LEGOLAND Malaysia dibuka pada 15 September 2012, masih lagi baru tapi mendapat sambutan yang menggalakkan. Di LEGOLAND pun ada Airport. jangan main main. Bila dah penat main mestilah lapar kan. jangan risau sebab dalam LEGOLAND ini juga disediakan restaurant. salah satunya adalah Market Restaurant.



Aku tak dapat nak berkongsi pasal harga makanan dalam LEGOLAND ini sebab kebetulan aku keluar dari LEGOLAND waktu lunch. jadi, aku lunch di luar Taman Tema. Terdapat satu Mall berhampiran dengan Legoland iaitu Mall of Medini. Aku ke Restoren Briyanis untuk makan nasi beriyani dengan staff ofis. aku pernah update pasal restoren ini pada entry yang lepas. korang boleh Klik BRIYANIS untuk baca entry tuh. Sekarang aku nak sambung penerokaan dunia Imaginasi kanak kanak ini.

Tempat yang paling menarik minat aku adalah MINILAND. Teruja dengan hasil kerja yang sangat teliti oleh mereka. Dalam Edisi TRAVELOG yang sebelum ini aku pernah muat naik gambar gambar Miniland yang menarik untuk tatapan pembaca. Korang boleh klik MINILAND DI LEGOLAND, NUSAJAYA. Untuk entry kali ini aku masih lagi ingin berkongsi gambar gambar yang terdapat di MINILAND dan yang pasti ianya adalah gambar yang berbeza dari entry yang lepas.


Bangunan Sultan Abdul Samad


Masjid Jamek


Monorail

Ini sahajalah gambar yang sempat aku ambil melambangkan negara kita, Malaysia . Banyak lagi yang mereka hasilkan dengan hanya menggunakan LEGO. Gambar gambar selebihnya adalah mercu tanda untuk negara negara lain.




Menarik kan. Untuk pengetahuan semua, LEGOLAND Malaysia mempunyai tarikan yang terbaru yang mungkin akan menarik minat anda untuk berkunjung ke sana lebih lebih lagi peminat tegar Filem Star Wars.

Untuk maklumat lanjut korang boleh Klik poster atau klik STAR WARS

"Miniland is all geared up for its new role as gateway to a parallel universe! From tomorrow, feast your eyes on this first-of-its-kind LEGO Death Star model display, measuring 6 metres in height and made from than 750,000 LEGO bricks! With 10,000 special glow-in-the dark tiles used on the LEGO model as well, fans are ensured of a fantastic night view!" - facebook LEGOLAND Malaysia.

Sebelum aku tamatkan entry ini, aku ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan LEGOLAND Malaysia kerana bakal menyambut ulang tahunnya yang pertama pada 15 September akan datang. Sedar tak sedar, rupa rupanya sudah cukup satu tahun LEGOLAND beroperasi di Nusajaya. Terima kasih kerana sudi membaca dan kita berjumpa lagi untuk Edisi Travelog akan datang. Insyaallah.

Antara yang menarik dan TERBARU di LEGOLAND Malaysia - Kemunculan Lego Star Wars - Antara yang menarik dan TERBARU di LEGOLAND Malaysia - Kemunculan Lego Star Wars - Reviewed by Luqman Zakaria on 9/11/2013 02:48:00 pm Rating: 5

62 comments:

  1. wow..cantiknya tempat..gambar masjid tu indah sgt.. ntah bila la zaza nak pergi tempat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantekkan..luqman lau boleh nk spend mase lebih sikit kat miniland nih..tp dtg sbb urusan kerja.jadi kene ikut jaduallah.. :)

      Delete
  2. lgsg xpernah pergi lagi legoland ni.. xtau bila dapat jejak kan kaki. johor pon xpenah pegi inikan legoland ^_^

    ReplyDelete
  3. Whoahhh. Tak sangka pulak Legoland menarik mcm nihhh. Sebab pernah terbaca 2 3 entry bloggers tentang legoland, majority kutuk tentang price yang mahal. Pastu tak nak dtg lagi. And today tengok legoland yang nan indah niii, buang bad impressions dah! ;D

    ReplyDelete
  4. waa besnya.. teringin nak pegi.. tapi jauh sgt..

    ReplyDelete
  5. Ya allah..cantiknyaaa.. bila la dpat pluang nk ke sana..teruja kalau tgk depan2 nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kalau ade rezeki nanti boleh pergi..luqman nih pon kalau bukan sbb inspection untuk office..xdpt lg nk jejak kaki kt sna.

      Delete
  6. mantap la tempat ni..aku xpernah sampai lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe AH..bile2 free nnti boleh pergi..skg nih dorang tmbh lego STar Wars kt miniland..lg menarik.

      Delete
  7. cantiknya pic..tggu sethun 2 baru pegi..bg lma sikit..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi awal thn lg HH..Ini update sbb ade attraction bru kt sana.

      Delete
  8. ..1 hari nnt akn ku jejakkan kaki di sini..Legoland..tungguuuu...

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan. Harap satu hari dapat pergi ke Lego Land Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan jgk..insyaallah kalau ade rezeki ade mase..bolehlah pergi.

      Delete
  10. Seronoknya legolend... Tapi entah bilalah dapat ke sana...

    ReplyDelete
  11. Kurang berminat dgn Lego land. sebab tak suka sangat dgn Lego and mahal kot. tapi kalau dah ada kat Johor tu baik ke USS terus.. hahah! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade yang suke lego ade yang tak..masing2 ade minat yg tersendiri kan..kalau pergi uss pon boleh sbb dah dekat.

      Delete
  12. belum berkesempatan nak pergi walaupun dok jb. hehehe... tunggu anak da besar skit baru ajak dia pergi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah tuh..kalau g time anak2 kecik sgt xbest jgk..nnti xdpt nk main pulak.

      Delete
  13. wowww besttnya.. mmg ada pasang niat nak bawa anak anak mak dara ke sana tak lama lagi.. tak sabar rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. oklah tuh..nnti kalau pergi dah ade attraction bru..bruler seronok sikit.

      Delete
  14. jelesnye tgk pic kat ats nie semua.. klu ikut plan hari malaysia nie nk ke sana..tp xjd lak... xpe sabar2... ade rezeki nnti sampai la yer.. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpelah..nnti ade rezeki..boleh pergi.bestler lau pergi nnti sbb ade Star Wars..

      Delete
  15. aku duk kehe kat johor tp x penah smpai lg kat legoland..haha

    ReplyDelete
  16. entah bila la boleh smp legoland ni..haishh..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bile tibe masenye smpai ler tuh..ade rezeki nnti insyaallah sampai jgk ke sana mimie..amin.

      Delete
  17. Dah pnh pg da... mmg best . Hehe . Teringt nk buat entri jugak ke legoland byk gmbr yg nk d kongsi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. luqman pon samelah byk sgt gmbr..haruslah kene kongsi dengan semua..lebih2 lg skg nih ade tarikan terbaru..klau ade yg bru2 pergi..boleh share pasal STAR WARS tuh.

      Delete
  18. Aku blom penah sampai lagi kt sini. Dah tau dah ape yg menarik. Bole la g nnt. ko jd tourist guide aku bleh? Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bile dah kt dlm tuh..xperlukan tourist guide dah..men taram je...haha

      Delete
    2. ha, kau jadi tourist guide aku jugak.. hahahaha..


      Tak tahu la bila boleh sampai sini. tggu org spons dulu kot... bahaha !

      Delete
    3. aku nih pon sbb opis sponsor lau tak..tak tau ler bile bole pergi sendiri.haha

      Delete
  19. mesti seronok kat sini..sy tak penah pegi lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..seronok jgklah..tq Cik Itah sudi singgah n komen yer.hepi blogging.

      Delete
  20. never been here..sooon in shaa Allah..mcm best sgt je..:)

    ReplyDelete
  21. Belum pernah jejak lagi legoland ni. Tiket pun mahal. Tunggu orang bagi free nanti. Haha

    ReplyDelete
  22. pergh! kalo camni...rasanya sesuai jgk tuk remaja...banyak aktiviti dan model2 yang menarik kat sne ye...kalo ada rezeki InsyaAllah akan menjejak kaki ke sna jgk nnt huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jugak bende lain yang boleh main.macam roller coaster..4D Cinema..luqman xde gmbr n x explore habis lg.

      Delete
  23. Replies
    1. Insyaallah..kalau ade mase..ade rezeki..boleh lah pergi nnti.

      Delete
  24. aq rasa cukup aku baca entri ko pasal legoland nie..gambar cantik dan dan ada cerita setiap gambar..heeh..tapi pasal makannan tu mesti mahal gilos kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..aku pon x mkn dlm tuh..xtau la harge makanan cmne..hoho.

      Delete
  25. Replies
    1. huuhu..:P luqman pon xsure pasal harga..sebb pergi free admission arituh..urusan kerja.

      Delete
  26. huuu.. tiket seratus lebih tuu.. dua org dah berapa rm dah kann..teman harapkan tiket free lea pun.. ada sape nak bagi??ha3

    ReplyDelete