Assalamualaikum.
Belum sampai seminggu dah nak tukar header blog baru ke? haha. Itulah masalahnya kalau terlampau rajin. Walau apa pun Jutaan Terima kasih aku ucapkan kepada blogger blogger yang memberi maklum balas positif berkenaan perubahan layout blog aku di entry AREPNAKBEBEL SELAMAT MENJALANI PEMBEDAHAN KECIL. 


Header diatas ini pada aku yes! ianya smooth dan penggunaan warna pulak tidak terlalu bright. Gabungan warna pastel di abjad "LZ" menyerlahkan header. *tak malu betul kan puji header blog sendiri kan. Obses pada warna Kelabu, hitam dan putih membuatkan aku terlebih rajin untuk create another header for future use tapi tangan nih dah gatal sangat nak try tukar. terus melekat.tak nak ganti yang lama balik dah.huhah.


Before.


After.

Yeah! Header baru. Seperti biasa Editing dibuat menggunakan Photoscape. Gambar yang aku gunakan untuk header pula adalah gambar yang aku snap dekat Bayu Marina Resort. Oklah. Sekian untuk Header baru.

Sekarang nak cerita pasal Outfit baru. Pada 21 September 2013 akan datang aku akan menghadiri satu temuduga. Sejak dah bambam overdose nih. takde baju pulak nak pakai pergi interview. Nasib baik ayah aku jahitkan. kalau tak mesti nak kena keluar duit beli baju baru.



Disebabkan oleh entry ini adalah entry BTS, jadi official baju belum dapat ditunjukkan lagi. Hopefully it will fit me good bile dah siap nanti. Aku harap interview nanti akan berjalan dengan lancar sebab for sure akan ada ramai orang kat sana.fuh. 


Wish me luck guys.hehe.

Post a Comment

Previous Post Next Post