Assalamualaikum.
Aku ingat lagi awal awal semester dulu. Semuanya feeling "Aku paling HOT kat kolej nih" lebih lebih lagi pelajar perempuan. Ramai jugak yang vogue. Siap ada yang pakai bulu mata palsu dan sepatu lady gaga  pergi kolej. Sungguh bergaya dan berkeyakinan. Bulu mata bersepah kat lantai pon tak perasan. Betul aku cakap. Aku dengan kawan kawan pernah jumpa bulu mata ala ala rozita che wan kat dalam library. Itu belum citer pasal contact lens lagi. fuh. gasak betul. takpe. PTPTN kan adooo.

Itu semua cerita awal semester. Bila dah masuk semester kedua dan seterusnya mereka semua mulai insaf dan hidup dengan cara yang sederhana. Make up dah kurang. penggunaan heels dah kurang.mereka cuma pakai flat shoes jer. tudung pon ada yang senget. Pelajar lelaki pon sama. kalau awal awal dulu skema tapi bila dah lama lama tuh . main taram jer.kadang kadang baju kedut pon pakai jer pergi kolej. Stress agaknya. tak ada masa nak fikir pasal penampilan. 

Bila semuanya dah berakhir. Exam pon dah tamat. Kitorang semua meraikannya dengan mengadakan Pre Graduation Dinner khas untuk Tourism Management Student. Temanya Red and Black. Dinner pada kali ini diadakan di Royal Kedah Golf Club. Semuanya bergaya sakan. Mari kita propaganza gambar gambar dulu.


Beberapa pelajar perempuan bersama lecturer kami. Macam inilah jadinya kalau Kamera banyak sangat. Tak tahu nak tengok yang mana satu.haish.



.Sheda.Gee.Cheq.Ana.Saffa.Tila.


Gambar Budak budak kelas bersama lecturers. Satu jer nak cakap.Huru Hara.

Pada entry yang lepas aku ada kongsikan gambar peserta best dress. So untuk entry kali ini aku nak reveal pemenangnya. hehe :) Yang menariknya peserta best dress dikehendaki untuk pose and catwalk dengan gaya yang tersendiri dan dua perkara tersebut mempengaruhi keputusannya. tahniah buat kedua duanya. King and Queen of Best dress.


Untunglah uolls kan. menang. tak sia sia misi mencari baju paling vogue kan.

Bila dah namanya dinner semestinya akan ada makanan tapi sayangnya tak sempat snap snap gambar makanan sebab dok kalut buat benda benda lain. Sambil makan tuh ada diselitkan beberapa buah persembahan yang sangat best.




Junior kitorang pun ada buat persembahan dan mereka juga ada buat suprise. Dorang buatkan montage gambar gambar kitorang and nyanyi nyanyi bagai dalam gelap sambil pasang lilin. Sweet sangat. Nasib baik tade kebakaran yang berlaku.haha. Sebelum mengakhiri entry pada kali ini..terimalah setempek gambar lagi. 


gambar last nih bertujuan untuk promote Instagram.muahaha. senang senang followlah yer.

Post a Comment

Previous Post Next Post