Beberapa hari yang lepas aku ke Nusajaya, Johor Bahru. Seperti yang korang tahu, tarikan utama yang ada di Nusajaya adalah Legoland. Pengalaman di Legoland baru baru ini sememangnya mengujakan. Antara tarikan yang menarik perhatian aku ialah Miniland.*macam hancur jer BM aku..maaf cikgu bahasa melayu.


macam macam ada kat miniland. metrobus pon ada ok. seriously aku salute dengan orang orang yang berusaha untuk siapkan miniland..kalau korang nak tahu mereka mereka yang pakar nih mengambil masa selama 3 tahun dan lebih kurang 30 million bata Lego digunakan untuk mencipta mercu tanda yang ada di Asia, contohnya macam Taj Mahal, Menara berkembar petronas dan macam macam lagi.



aku suke benor snap gambar close up macam nih..walaupon time nih cuaca panas terik..still gigih jugak tapi hasilnya memang awesome.hehe. ade beberapa keping lagi gambar yang aku nak share dengan korang semua..harap korang suke.



detail giler kerja dorang kan..semuanya lego. Kalau cuaca tak panas terik sure aku habeskan banyak masa kat miniland nih..rasa macam tak puas jer arituh..lagi pon banyak tempat tempat yang best ada kat legoland nih..satu hari memang tak cukup masa untuk explore semua.


actually banyak lagi gambar yang aku snap kat Miniland nih tapi aku rasa cukuplah yer untuk entry kali nih..next time aku update lagi pasal miniland nih dengan gambar gambar yang lain pulak.happy blogging semua.


Post a Comment

Previous Post Next Post