Lata Iskandar dan Perkampungan Orang Asli, Tempat persinggahan sebelum ke Cameron Highlands

Entry pada kali ini adalah entry sandarkan pada kenangan sebab aku dengan nostalgianya ingin berkongsi pengalaman melancong bersama mereka mereka yang langsung tidak tahu bertutur dalam bahasa melayu. Aku wajib bertutur dalam bahasa inggeris tetapi disebabkan pengetahuan aku mengenai perkataan mat salleh agak menyedihkan, aku terpaksa kurangkan bercakap dan lebihkan angguk angguk geleng geleng. 

Rombongan mak kiah ke Cameron Highlands dan Penang adalah seramai 6 orang. 2 orang omputih, seorang jepun, seorang filipinos, seorang pan-asian (akuler tuh) *serius kena maki nanti.aku redho. dan seorang driver/tourist guide. Lokasi meleTOP yang pertama adalah Cameron highlands.ok tepuk sikit. 

Perjalanan dari kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands langsung tidak memenatkan malah membuatkan aku shine bright like a diamond duduk  dalam Van dengan tourists yang ada sebabnya setiap saat aku berangan macam mat salleh hensem datang melawat Malaysia walau pon sekali pandang jer orang dah tahu aku anak jati Malaysia.muka asia sangat. Proud to be Malaysian!

Oklah.nampaknya pendahuluan aku untuk entry kali ini sangat panjang macam lane kapal terbang dalam movie Fast and Furious 6.Entah ada yang nak baca ke tidak.Fullstop. Dalam perjalanan ke Cameron Highlands kami singgah di tempat pembuatan bakul rotan. Normally orang yang beli bakul rotan di sana adalah pengutip buah buahan dan sayur sayuran di tanah rata, cameron highlands..




Pembuatan bakul rotan pada aku agak rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Kami sempat menguji ketahanan bakul rotan yang dihasilkan. macam post mortem tuhlah. nak check samada mampu ke tidak bakul rotan digunakan untuk mengangkut barang barang yang otai seperti durian (maksud aku.Barang barang yang BERAT). Ujian yang kami jalankan agak hardcore..salah seorang daripada kami diletakkan di dalam bakul dan diangkat beramai ramai..hasilnya LULUS.heheheh.*bukan aku yang masuk dalam bakul itu.harap maklum.

Hanya pakar sahaja yang mampu hasilkan bakul rotan yang berkualiti. Jadi, kami tinggalkan Uncle dan Aunty dengan buluh buluh dan meneruskan perjalanan kami ke Lata Iskandar. Tujuan utama singgah di Lata Iskandar adalah untuk snap gambar sahaja. Mat mat salleh tuh semua excited macam menang Akademi fantasia 10. tapi aku tetap maintain "whatever". biasalah kat lata nak snap gambar apa. kalau kat Phuket ke barulah aku pulak yang excited macam menang X Factor.apa punyer perumpamaan daaa.



Semangat cari tempat yang ramai orang untuk snap gambar.kalau snap tempat tak ada orang tak meriah pulak lata Iskandar ini kan. Sepanjang jalan di Lata Iskandar terdapat pelbagai kedai hasil kraft tangan yang boleh dijadikan cenderahati. Selain itu, ada beberapa buah gerai menjual buah buahan tempatan terutamanya buah durian. Dalam van, bukan main kecoh cakap pasal buah durian. tapi bila dah cuba makan, pelik pulak reaksi muka mereka. Teringat pulak pasal bau buah durian disangka berlakunya kebocoran gas.tak percaya? singgahlah blog Zamani Abe. ade cerita pasal bau buah durian disangka kebocoran gas.

Destinasi seterusnya adalah Native Settlement atau dalam bahasa melayu Perkampungan Orang Asli. Sebelum sampai, aku bayangkan sesuatu yang sangat discovery channel tapi malangnya bayangan aku itu cuma dongeng sahaja sebab Native Settlement yang kami singgah hanya ada sebuah rumah dan tempat mereka menjual barang barang dari hutan yang mereka cari dan beberapa peralatan yang mereka hasilkan sendiri.


1. Tempat orang asli menjual hasil tangan mereka dan di belakang gerai ini adalah rumah mereka.


2. Antara hasil hutan yang mereka cari dan jualkan kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut.


3. Tempat memasak. Di asingkan dengan rumah.

Ini sahajalah gambar yang aku sempat ambil ketika melawat perkampungan orang asli. walaupun tidak dapat melihat suasana perkampungan orang asli dengan lebih mendalam kami diberi peluang untuk belajar cara cara menyumpit dengan betul oleh orang asli di sana.



Entah siapa punya teddy bear yang jadi mangsa nih. apa pun pengalaman bersama mereka sangat menyeronokkan tapi yang paling seronok pelancongan selama 4H3M di Cameron highlands dan Penang ditaja sepenuhnya. heaven kau. pintu orang bukakan.beg orang angkatkan. rasa macam VIP. oklah sampai disini sahaja Destinasi Cuti Cuti dalam negeri bersama saya Luqman Zakaria.

P/S : Ini entry lama yang diberikan nafas baru. *nak harapkan korang view entry lama aku? Nan hado. sebab itulah aku buat tayangan semula. 

Lata Iskandar dan Perkampungan Orang Asli, Tempat persinggahan sebelum ke Cameron Highlands Lata Iskandar dan Perkampungan Orang Asli, Tempat persinggahan sebelum ke Cameron Highlands Reviewed by Luqman Zakaria on 9/07/2013 02:13:00 am Rating: 5

32 comments:

  1. Ohsem daa. Vee suka travel and buat "report". Journalist la kenn :D Kalau Luqman gi sini boleh jenguk Cultural Village. Kat situ Luqman boleh rasa dan lihat, even try to live as one of the tribes. Semua tribe kat Swak ada kat situ. Nanti lerr Vee buat review. Hihii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat tengok cara hidup orang asli kat sini pon dah best..kalau pergi sana lagilah banyak benda boleh belajar..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. nak buat cmne dah nasib die..rasanya dah kebal tuh..berapa ntah dah kene sumpit..

      Delete
  3. oh ni la jejaka pan asia yang menjadi rebutan,, ^_^ pernah jugak lalu kat sini time turun dari highland tapi tak singgah pon.. lata iskandar ni memang cantik dan memang amazed sangat tengok orang asli pnya umah dan hasil kraf tangan mereka. muka pon dah x asli sgt dh kan ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah.kah..pan asianlah sgt..betul tuh lieya..orang asli skg dah upgrade dah..rasenya kehidupan dorang dah makin canggih :)

      Delete
  4. masa kecik2 selalu ikut abah jumpa kawan dia ( orang asli ) best sangat rasa, dengan suasana perkampungan yg cantik walaupun dalam hutan .. =) suka

    haha, kecian teddy bear jadi mangsa ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. luqman pernah nampak perkampungan O.A nih..memang bersih kampung dorang :)
      teddy bear tuh dah kene panas ujan semua..kebal da..hehe

      Delete
  5. hahaha luqman oiii..gelak je kak lea baca dari 1st paragraph cehhhh he3..pan asian ok2 kak lea cuba percaya(sambil tutup mata ni he3)

    bestnya pengalaman luqman.kat area sepang-klia ni pun ada perkampungan orang asli,pernah jugak ikut officemate (dipaksa sebenarnya) masuk kampung orang asli sebab nak jumpa tok batin.kak lea tanya awat nak jumpa tok batin.dia kata nak beli tokek!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terime kasih yer sebb sudi bace entry panjang berjela nih..hehe :) jumpe tok batin nk beli tokek?? huhu..macam2..:P

      Delete
  6. owh..walaupun aku x pernah datang atau lalu lalang kat situ..entri ko sudah cukup buat aku mengenali latar iskandar...:)

    ReplyDelete
  7. Apasal teddy bear tu boleh terpacak dekat situ? Haha. Kenapa tuan blog tidak menggantikan tempat teddy bear tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tuan blog yg ganti tempt tuh makne kate tak berupdatelah entry ini..haha

      Delete
  8. wah seronok dapat pengalaman camtu...adus...siapakah gerangannya yang membuli teddy bear tu...kesiannye teddy kena sumpit huhuhu~ amboi arep...msti best dapat layanan camtu kan...VIP~

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.pengalaman yang best..orang asli ler yang buli teddy bear tuh..dijadikan sasaran sumpit.

      Delete
  9. kesian betul teddy bear tu.. eh, orang asli sana kaya tau.. dah ada astro.. macam-macam ada~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pelancong g sane..mmg teddy tuh jadik mangsa..hehe..la yeke..ade astro semua? boleh lah dorang tgk AF..eh! hehe

      Delete
  10. wah beznye
    dpt tengok kehidupan mereka secara live
    teddy siapakah itu? kesiannya..hehe
    sronok tengok gambar
    ala-ala tengok secara real..bagus kualiti pic tu luqman

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki luqman dapat tgk..itupn sebab
      ade dalam jadual tourist..teddy org aslilah agaknye.
      kualiti gmbr kene bagus baru best tgk..heehe

      Delete
  11. first time dengar nama lata ni huhu menarik nmpak

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik KZ. tp ruginye tak dapat nk menikmati air terjun sebab time nih cume singgah jer untuk tunjuk kt tourist.

      Delete
  12. Akak selalu balik tapah, tapi tak pernah pergi melawat ke tempt perkampungan orang asli ni.. menarik rupanya.. gambar kamu ni lawalah, sesuai dengan ceritanya...jarang dapat baca entry yang macam ni... yang lata iskandar tu memang seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kampung sangat pun kak..arituh singgah sebab nk bg pengalamn kat tourist..terima kasih kak sebab suka dengan travelog saya nih..:) lata iskandar tuh best tp lagi best lau dpt mandi.hehe

      Delete