[Western and Local food] di La Pelangi Cafe, AU3 Keramat

Besok aku dengan parents dah nak gerak balik kelantan..so, my brother decided nak bawa kitorang semua makan makanan western dekat luar..sebenarnya kitorang plan nak pergi makan di Sala Cafe tapi malangnya sampai sahaja depan kedai..hurmmm..tutup rupanya..bukan rezeki kitorang nak makan kat sana.


tapi luckily ada kedai makanan western lain yang berada berdekatan dengan Sala Cafe..namanya La Pelangi Cafe..makanan tempatan juga ada di cafe ini..jadi jangan risau yer..tak nak makan chicken chop..boleh makan nasi goreng..hehe.


Kalau tengok gambar kat atas nih...semua maklumat dah lengkap..die bagitau makanan jenis apa yang apa..waktu urusniaga..tapi yang takde..alamat..ok..untuk alamat korang boleh refer alamat kat bawah nih..aku taktau alamat penuh tapi aku rajinkan diri..google and jumpe alamat penuh dekat foursquare.

49-85 Jalan AU 3/31, Taman 
Sepakat, 54200 Kuala Lumpur


in case kalau dah pergi area sana tapi tak sure kedai yang mana..maybe korang boleh refer gambar kat atas nih..hehe..ok sekarang..aku nak share apa yang kitorang makan untuk dinner..mulakan dengan abang aku..die order Rib eye steak atau dalam bahasa melayu stik mata rusuk.


"Mata Rusuk panggang atau Grilled Rib Eye with mashed potato, garden vegetables and serves with beef prume juice or black pepper" ..

Ayah aku pulak order nasi goreng kampung jer..tapi last last sempat juga pekena Grilled Chicken Chop..habeskan yang mum punyer..tak dapat makan semua sebab dah kenyang makan Pulut durian kat rumah. Grilled chicken chop nih my mum dengan my sister in law yang order.aku ingat nak order jugak tapi kalau semua sama jer tak bestlah..if order beza beza boleh buat food tasting sikit..hehe.


"Grilled Chicken Chop with mashed potato, Coleslow and serves with mushroom or Black pepper sauce"

ok sekarang giliran aku pulak. aku order chicken in blanket. seriously aku macam ha? chicken in blanket? ayam pon perlu diselimutkan ke..giler noob kan..biaselah..orangkampung..bukan hari hari makan makanan omputih..lainlah korang..breakfast roti..lunch spegerrrrtik T__T and malam pulak buah buahan.omputih sangat!!


"Fried Chicken Chop with french fries , corn,  soute vegetables and serves wtih lychee brown sauce"

time order tuh aku tak tengok pon apa yang diletaknya dalam Chicken in blanket..bila dah order baru baca..ade lychee brown sauce..hummmmm..ok..cube ajerlah..sampai kat table..fuyoohh..besarnya ayam..usha jugak..kenapa blanket..maybe sebab disalut tepung..tadi kate ade corn..tade pon..tapi its ok sebab die ganti dengan orange..

Alhamdulillah.kenyang.Sekian sahaja..saya luqman zakaria melaporkan destinasi makan makan pada hari ini.assalamualaikum.selamat mencuba.

Terbaru Lebih lama