Food Truck kini menjadi pilihan ramai, adakah ini peluang pekerjaan atau sekadar trend?

Food Truck kini menjadi pilihan ramai, adakah ini peluang pekerjaan atau sekadar trend? | Aku agak tertarik dengan perniagaan makanan yang berkonsepkan "Food Truck" atau dalam bahasa melayunya kendera saji.  Apa yang aku lihat, sambutan masyarakat terhadap perniagaan makanan seperti ini sangat meriah. Aku terfikir juga, adakah perniagaan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada mereka diluar sana atau hanyalah sekadar trend semata mata dimana ianya tidak akan bertahan lama.


Pada pendapat aku, Food Truck bukanlah sekadar trend semata mata tetapi ianya adalah satu perniagaan yang sedang berkembang pesat di negara kita Malaysia terutama sekali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Contoh yang paling tepat adalah Tapak urban street dining yang menjadi tumpuan ramai rakyat malaysia dan pelancong untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang cukup menyelerakan.

Kendera saji (Food Truck) adalah perniagaan yang mudah dan cepat

Sekiranya korang sedang mencari kerja atau masih berfikir, apakah bidang pekerjaan yang sesuai untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan? aku sarankan korang mulakan business kendera saji ini kerana perniagaan makanan menggunakan konsep kendara saji ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Kelebihan Kendera Saji (Food Truck)

  • Bekerja dalam keadaan yang cukup selesa
  • Barang barang dan bahan bahan perniagaan boleh disimpan dengan mudah 
  • Tidak perlu menyewa kiosk atau kedai
  • Masa yang Flexible
  • Boleh meniaga di tempat tempat yang berbeza setiap hari (sesuai untuk mereka yang meniaga di pasar malam)
Berikut adalah antara kelebihan yang aku rasa sangat menguntungkan tetapi korang harus ingat, sebelum memulakan perniagaan ini, lesen untuk kendera saji perlu dimohon terlebih dahulu untuk memastikan perniagaan korang adalah sah dari segi undang undang.


Peluang pekerjaan dalam perniagaan kendara saji (Food Truck)

Dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif yang cukup positif dengan mengeluarkan lesen kendera saji bagi merealisasikan peluang pekerjaan yang sangat tinggi potensinya untuk lebih maju di masa hadapan. Setakat ini DBKL telah pon mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji dan Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyasarkan kira kira 1000 lesen dikeluarkan pada akhir tahun ini untuk menjadikan ibu kota sifar penjaja di tepi jalan.


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan juga turut sama memberi sokongan dan berusaha untuk membantu peniaga kendera saji mendapatkan kemudahan yang mereka perlukan seperti lokasi perniagaan yang strategik, pusat perniagaan kendera saji yang lengkap dengan kemudahan asas seperti air, elektrik dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
Sekarang ini, kita sedang berbincang dengan pihak pembuat trak ini bagaimana kita boleh atasi masalah yang dihadapi peniaga masa ini. Misalnya mendapat pinjaman dan sebagainya. Kita juga berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Food Truck (Kendera Saji) Hari Wilayah Persekutuan 2018 di sini, hari ini bersempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) - www.astroawani.com
Aku sangat kagum dengan inisiatif DBKL untuk menjadikan perniagaan kendera saji ini salah satu sumber pendapatan untuk rakyat Malaysia. Aku sangat menyokong program program sebegini kerana ianya dapat membuka peluang kepada mereka yang tidak bekerja dan tiada punca pendapatan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik untuk masa hadapan.
Food Truck kini menjadi pilihan ramai, adakah ini peluang pekerjaan atau sekadar trend? Food Truck kini menjadi pilihan ramai, adakah ini peluang pekerjaan atau sekadar trend? Reviewed by Luqman Zakaria on 5/02/2018 04:03:00 pm Rating: 5

No comments: