Revolusi dan Idea door gift yang sesuai untuk kenduri kahwin

Zaman aku kecik kecik dulu, mak aku pernah bawa pergi majlis kahwin anak kawan kawan dia, dari jauh lagi aku  dah boleh nampak hakak hakak feeling penyambut tetamu MAS sibuk edarkan bunga telur. Bunga telur semuanya meletop! Colourful pulak tuh tapi aku tak excited sangat sebab yang menarik perhatian aku cumalah hakak itu..eh! maksud aku telur rebus yang tergantung dalam jaring yang jarang kat bunga tuh.


Revolusi door gift untuk kenduri kahwin

Lebih kurang macam dekat atas ini bunga telur yang aku maksudkan tapi revolusi telur rebus telah berlaku dan telur rebus sebagai doorgift mula disisihkan dan gula gula pulak yang ambil alih. Sejak itu, setiap kali mak atau abah aku balik dari kenduri kahwin, aku cuma akan dapat 4 atau 5 biji gula gula yang berbeza perisa. Serious aku kecewa! 

Revolusi demi revolusi berlaku, gula gula juga disisihkan. Makanan menjadi terlalu mainstream untuk dijadikan sebagai doorgift. Untuk memberikan kelainan, bantal, tuala kecil, cawan kecil dan lain lain pula menjadi pilihan untuk dijadikan doorgift. Itu zaman dulu la, sekarang ini dah lain! Kalau pergi kenduri kahwin, korang takkan boleh agak apa yang korang akan dapat sebagai door gift. kadang kadang tuh rasa macam dapat suprise gift pon ada jugak sebab door gift pon gempak gempak semua.

Idea Idea kreatif dan menarik untuk door gift sempena Majlis Perkahwinan

Ada banyak website yang memberikan idea idea yang menarik untuk door gift sempena majlis perkahwinan. Jadi, aku senaraikan beberapa website untuk korang tengok dan mungkin dengan berkunjung ke laman sesawang ini dapat membantu korang mencari door gift yang sesuai untuk hari bersejarah korang nanti.

Macam mana? okay tak? Dah dapat idea door gift untuk majlis kahwin korang? Oh yer! Sebelum aku tamatkan entry untuk kali ini. Aku nak share door gift masa majlis kahwin kakak aku dulu. Kakak aku bagi tupperware kecil yang sangat comel dan isikan setiap tupperware tersebut dengan biskut nostalgia yang kita selalu makan masa kecik dulu. 


Ada tiga jenis biskut. ada biskut ikan, biskut kaler kaler dan biskut panjang. Aku hentam jer nama biskut tuh.haha! Jenuh nak isi satu satu tupperware tapi nasib baik jugalah ada yang tolong kalau tak memang tidur sambil isi biskut la gamaknya.


Kakak aku decided nak letak biskut dalam tupperware sebab benda macam supaya tak membazir. Mungkin biskut biskut itu habis ditelan tapi tupperware orang akan simpan. Kalau bagi cawan kecik or bantal cute dorang boleh simpan jugak tapi terperap dalam almari sebagai perhiasan. 

Kalau tupperware orang akan guna letak apa apa macam garam ke gula ke bagus kan. Zaman sekarang nih macam macam orang bagi sebagai doorgift. Ada orang pernah cakap kat aku masa dia pergi majlis kahwin, tuan rumah bagi sudip kayu. Lepas dapat sudip tuh confirm terus balik rumah masak ayam kicap!haha 


Motif masukkan gambar ayam goreng dalam kuali? Motifnya adalah untuk tunjukkan kepada korang semua contoh Sudip yang boleh dijadikan doorgift. Tak perlu susah susah, just ikat riben kat hujung sudip dengan cantik lepas tuh bagilah seorang satu. 

 kalau ada siapa siapa yang baca entry ini lebih lebih lagi bakal pengantin yang masih pening dengan idea door gift mungkin boleh gunakan idea tupperware tuh sebagai doorgift untuk majlis perkahwinan mereka. Nak guna idea sudip, senduk atau beberapa idea lain yang menarik dalam artikel yang aku kongsikan pun boleh. Akhir kata, Semoga perancangan untuk majlis korang berjalan dengan lancar!
Terbaru Lebih lama