Filem Sazali Meor Coco

Filem Sazali Meor Coco | Salah satu filem melayu baru yang best dan menarik untuk ditonton di pawagam pada bulan November 2023 adalah filem yang berjudul Sazali Meor Coco

Jom Tonton Filem Sazali Meor Coco 

Filem Sazali Meor Coco yang diarahkan oleh Zizan Nin ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula pada 16 November 2023 akan datang. Buat pembaca yang lahir tahun 80an dan 90an pastinya mengenali Zizan Nin kerana dia adalah seorang pelakon dan Sazali Meor Coco merupakan filem sulung arahan beliau. 
 
Poster filem Sazali Meor Coco

Filem Sazali Meor Coco yang diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd dibintangi oleh beberapa pelakon baru yang belum dikenali ramai seperti Iman Zulkarnain, Syazani Zikry, Shah Radhy dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Filem Sazali Meor Coco 

Tajuk Filem : Sazali Meor Coco
Saluran : Pawagam
Tarikh Tayangan : Bermula 16 November 2023
Waktu Tayangan : -
Pengarah : Zizan Nin
Terbitan : Aquila Emas Sdn Bhd
Pelakon :   Iman Zulkarnain, Syazani Zikry, Shah Radhy dan ramai lagi

Sinopsis Filem Sazali Meor Coco

Filem Sazali Meor Coco mengisahkan tentang tiga orang sahabat yang berhijrah ke bandar untuk mencuba nasib menjadi bintang terkenal tetapi impian yang ingin dicapai bukanlah mudah kerana mereka bertiga perlu menghadapi pelbagai dugaan dalam industri.

Selepas itu nasib mereka berubah menjadi U-Tuber popular tetapi dugaan lain pula yang datang disebabkan oleh kurangnya ilmu dan masalah sikap. 

 Apakah sebenarnya yang berlaku? Jom saksikan sendiri filem Sazali Meor Coco di pawagam pada bulan November akan datang.
Terbaru Lebih lama