Filem Mar Rak - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa

Filem Mar Rak - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa | Salah satu filem melayu baru yang best dan menarik untuk ditonton di pawagam pada bulan November 2023 adalah filem yang berjudul Mar Rak  - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa

Jom Tonton Filem Mar Rak - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa 

Filem Mar Rak - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa yang diarahkan oleh Dato T.S. Jeffry ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula pada 2 November 2023 akan datang. 

Mungkin ada yang tertanya tanya apa yang dimaksudkan dengan Mar Rak? Menurut sumber, Mar adalah Mari yang datang dari loghat kelantan dan Rak perkataan thailand yang bermaksud Cinta. 
 
Poster Filem Mar Rak di pawagam November 2023

Filem Mar Rak  - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd dibintangi oleh Tengku Shatirah Amanda, Nina KSC, Erry Putra, Kael, Dato T.S. Jeffry, Asri Ismail, Man Khan, Zalfa Zain ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Filem Mar Rak - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa 

Tajuk Filem : Mar Rak
Saluran : Pawagam
Tarikh Tayangan : Bermula 2 November 2023
Waktu Tayangan : -
Pengarah : Dato T.S. Jeffry
Terbitan : Pentas Wayang Production Sdn Bhd
Pelakon : Kael, Tengku Shatirah Amanda, Nina KSC, Dyvianna James, Erry Putra, Datuk. T. S Jeffry, Zalfa Zain, Man Khan, Asri Ismail dan ramai lagi

Sinopsis Filem Mar Rak - Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa

Filem ini mengisahkan tentang percintaan seorang jejaka dan gadis pada zaman dimana mereka bercinta menggunakan surat tanpa pengetahuan umum. Semuanya baik baik sahaja sehinggalah anak perempuan seorang tauke cina meluahkan cintanya kepada jejaka tersebut tetapi cintanya ditolak.

Tidak boleh menerima hakikat, anak tauke cina tersebut berjumpa dengan bomoh hitam siam untuk membalas dendam kepada wanita yang berjaya menawan hati jejaka yang dia mahukan  dan demi mendapatkan cinta jejaka tersebut. Keadaan menjadi huru hara disebabkan oleh perbuatannya. 

Bagaimanakah pengakhirannya? Jom kita sama sama tonton filem Mar Rak di pawagam nanti.
Terbaru Lebih lama