9 Filem Seram Indonesia Akan Datang Di Pawagam Malaysia

9 Filem Seram Indonesia Akan Datang Di Pawagam Malaysia | Kemajuan industri perfileman di Indonesia seharusnya dipuji kerana mereka sentiasa menghasilkan filem yang menarik untuk ditonton dan kebanyakannya mendapat perhatian ramai peminat filem diluar sana, bukan hanya di Indonesia tetapi di negara kita juga, Malaysia. 

Salah satu genre filem yang sinonim dengan Indonesia adalah filem seram atau horror. Antara filem seram Indonesia yang popular di Malaysia adalah KKN Di Desa Penari dan Pengabdi Setan.

9 Filem Seram Indonesia Akan Datang Di Pawagam Malaysia 

Kejayaan filem seram yang pernah ditayangkan sebelum ini menunjukkan betapa ramainya peminat filem yang menyukai genre seram. Pada tahun 2023, kita boleh nampak banyak filem seram Indonesia ditayangkan dan kita juga dapat menontonnya kerana terdapat beberapa filem seram dari Indonesia ditayangkan di Malaysia. 

Poster Senarai Filem Seram Indonesia Baru 2023

Jadi, untuk artikel kali ini, aku kongsikan dengan korang semua tentang senarai filem seram Indonesia yang sudah dan bakal memasuki panggung wayang negara kita, Malaysia. 

  • Wakaf

Filem seram berjudul Wakaf mengisahkan tentang tanah yang seharusnya diwakafkan untuk kegunaan penduduk kampung tetapi disebabkan oleh ketamakan manusia berlakulah kejadian yang menyeramkan sehingga mengganggu ketenteraman keluarga mereka.

Poster filem seram Wakaf dari Indonesia

Filem Wakaf bakal ditayangkan di Bioskop Indonesia bermula 26 Oktober 2023 akan datang. Buat penonton Malaysia pula, filem ini dijangkakan tayangannya di pawagam pada 14 disember 2023.

  • Aku Tahu Kapan Kamu Mati : Desa Bunuh Diri

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis Bernama Siena yang mempunyai kebolehan luar biasa dimana dia boleh melihat tanda tanda kematian sehinggalah pada suatu hari sewaktu  seseorang meninggal dunia dia tidak dapat melihat tanda tanda tersebut. Disebabkan kejadian itu, Siena pergi ke satu desa yang Bernama Desa Remetuk Bersama kawan kawannya. Di Desa tersebut berlaku kejadian misteri dimana satu persatu orang meninggal dunia.

Poster Pelakon Filem Aku Tahu Kapan Kamu Mati Desa Bunuh Diri

Filem Aku Tahu Kapan Kamu Mati : Desa Bunuh Diri sudah pun ditayangkan di Bioskop Indonesia pada 14 September yang lepas dan di Malaysia juga sudah mula ditayangkan pada 12 Oktober 2023. Buat korang yang masih belum tengok boleh ke panggung wayang sekarang!

  • Kutukan Sembilan Setan

Kisah Kutukan Sembilan Setan bermula apabila lima orang sekawan Bernama Sarah, Devon, Miko, Lia dan Verdy bercuti di Gunung Bromo dan tinggal di Sebuah Villa yang disewa dengan harga yang murah.

Keadaan Villa tersebut sangat menyeramkan tetapi mereka tetap bertahan untuk tinggal disana selama 5 hari. Dari awal sampai lagi mereka sudah dihantui rasa takut kerana kejadian misteri dan seram telah berlaku membuatkan mereka tidak tenang.

Poster Filem Kutukan Sembilan Setan

Sama seperti filem sebelumnya, Kutukan Sembilan Setan sudah lama ditayangkan di Bioskop Indonesia iaitu pada 8 Jun 2023 tetapi di Malaysia pula tayangan filem ini akan dibuat bermula 26 Oktober 2023.

  • Di Ambang Kematian

Di Ambang Kematian adalah filem seram yang diadaptasi dari Thread Twitter atau X yang dikenali dengan nama @Jeropoint. Ianya membawakan kisah seram tentang pemujaan untuk menjadi kaya berlaku dalam sebuah keluarga yang terdiri dari bapak, Ibu dan dua orang anak Bernama Yoga dan Nadia. 

Pemujaan tersebut memerlukan ahli keluarga dikorbankan setiap 10 Tahun sekali. Yang menjadi korban pertama adalah sang ibu. Selepas ibu meninggal, Yoga dan Nadia sering mengalami kejadian misteri yang menyeramkan. Mereka seperti berada di ambang kematian kerana mungkin mereka pula yang akan menjadi korban!

Poster Filem Di Ambang Kematian

Bioskop Indonesia sudah menyiarkan filem ini sejak dari 28 September 2023 lagi dan di Malaysia pula ianya baru sahaja ditayangkan bermula 19 Oktober 2023 yang lepas. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Di Ambang Kematian.

  • Mantra Surugana

Filem Mantra Surugana mengisahkan tentang seorang mahasiswa Bernama Tantri yang tinggal di sebuah asmara yang penuh misteri. Disebabkan bilik yang dia duduk, Tantri menemukan Mantra yang berkaitan dengan sumpahan masa lalu.

Mantra tersebut membangkitkan iblis Surugana yang mengerikan. Kejadian tersebut membuatkan senior Tantri menganggap ianya ada kaitan dengan kehilangan Arum yang pernah tinggal dibilik tersebut sebelum ini.

Sewaktu Mereka cuba untuk menyelidik dengan lebih mandalam tentang Arum tiba tiba mahasiswa lain Bernama Luki hilang secara misteri.

Poster Filem Mantra Surugana

Apakah yang sebenarnya berlaku? Korang kenalah tonton file mini pada 2 November 2023 akan datang. Buat penonton di Indonesia mereka menontonnya beberapa bulan lebih awal dari Malaysia iaitu pada tanggal 27 Julai 2023.

  • Bangku Sekolah : Ujian Terakhir

Bangku Sekolah : Ujian Terakhir adalah filem yang berkaitan dengan pelajar yang sedang menduduki ujian akhir dan tiba tiba kejadian misteri berlaku apabila ada diantara mereka dirasuk. Satu persatu pelajar dirasuk menyebabkan semua orang panik. Guru yang menjaga mereka pula meminta bantuan dari seorang lelaki Bernama Abah Ayub untuk membantu menyesalkan masalah tersebut.


Untuk filem Bangku Sekolah : Ujian Terakhir buat masa sekarang masih belum ada tarikh tayangannya untuk Malaysia tetapi menurut salah satu portal dari Indonesia Kompas ianya akan ditayangkan di Negara kita. Jadi kita sama sama tunggu bilakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia. Di Indonesia pula, ia sudah berada di bioskop sejak 5 oktober 2023.

  • Saranjana : Kota Ghaib

Filem Saranjana Kota Ghaib bermula apabila satu Kumpulan penyanyi dengan gelaran Signifikan mengadakan Tour untuk konsert mereka di Kota Baru Kalimantan Selatan. Setelah sampai disana Vokalis Signifikan Bernama Shita hilang secara tiba tiba. 

Dipercayai Shita berada di sebuah kota Ghaib Bernama Kota Saranjana dan mereka akan pergi ke sana untuk menyelamatkan Shita tetapi syaratnya mereka tidak boleh berada di sana lebih seminggu.

Poster Filem Saranjana Kota Ghaib

Filem ini juga masih belum ada tarikh rasmi tayangannya di Malaysia Jadi sama sama kita tunggu. Biasanya tayangan di Malaysia akan lambat sedikit kerana di Indonesia pun masih belum ditayangkan lagi sewaktu aku kongsikan artikel ini. Ianya akan berada di bioskop Indonesia pada 26 Oktober 2023.

  • Sijjin

Filem yang diadaptasikan dari filem seram Siccin ini adalah antara yang dinantikan ramai pada tahun ini. Ianya mengisahkan tentang Wanita Bernama Irma yang jatuh cinta dengan sepupunya Galang tetapi Galang sudah berkahwin dengan Nisa dan mereka mempunyai anak. 

Irma yang tidak boleh menerima hakikat cintanya ditolak, dia berjumpa dengan dukun untuk membuatkan galang berkahwin dengannya dan pada masa yang sama dia ingin menghantar sihir/ilmu hitam kepada isteri galang.

Poster Filem Sijjin

Pelbagai kejadian mistik yang berlaku kepada Nisa tetapi Irma juga tidak terlepas kerana apa yang berlaku itu berbalik kepadanya. Filem Sijjin akan ditayangkan di bioskop Indonesia pada 2 November 2023 dan di Malaysia pula pada penghujung bulan Disember 2023.

  • Pamali : Dusun Pocong

Filem pamali mengisahkan tentang sebuah perkampungan yang sangat terpencil dilanda penyakit kulit yang boleh menyebabkan kematian. Tiga Orang petugas medik Wanita dihantar ke sana untuk menyelidik perkembangan warga penduduk yang terkena wabak tersebut. 

Selain para medik, dua orang lelaki yang bertugas sebagai penggali kubur juga turut sama untuk menanam warga yang telah meninggal. Keadaan menjadi seram apabila hantu candy menganggu mereka.

Poster Filem Pamali Dusung Pocong

Filem Pamali baru Sahaja di tayangkan di Indonesia pada 12 Oktober yang lepas dan kini peminat filem horror di Malaysia pula yang akan menontonnya di pawagam bermula 2 November 2023

Banyak kan filem seram Indonesia yang dihasilkan pada tahun 2023. Kalau diikutkan ada banyak lagi filem seram yang tidak dimasukkan dalam list kerana heeburan tidak pasti ianya akan ditayangkan di Malaysia atau tidak contohnya, 

  1. Kereta Berdarah
  2. Kultus Iblis
  3. Lampir
  4. Penjamuan Iblis
  5. Kisah Tanah Jawa Pocong Gundul
  6. Pangonan Wingit
  7. Rumah Iblis dan lain lain. 
Jadi guys! Tunggu apa lagi, jom siap siap ke panggung wayang untuk menonton filem seram dari Indonesia! Terima kasih sebab sudi singgah dan baca artikel di blog Luqman Zakaria. Kita jumpa lagi dalam artikel akan datang.
Terbaru Lebih lama