Filem Pukul Mersing

Filem Pukul Mersing | Filem melayu baru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi adalah filem bertajuk Pukul Mersing

Jom Tonton Filem Pukul Mersing 

Filem Pukul Mersing yang diarahkan oleh Izuan Mokhtar ini akan mula bersiaran menerusi streaming platform Tonton pada bermula 25 Oktober 2023. Korang boleh muat turun aplikasi Tonton sekarang atau layari laman sesawang Tonton untuk menonton Filem Pukul Mersing.

Poster Filem Pukul Mersing

Pukul Mersing merupakan sebuah filem terbitan Nizra Entertainment. Filem Pukul Mersing dibintangi oleh ramai pelakon  seperti Fadhli Masoot, CikB, Azzam Sham, Wanns Ahmad, Izzy Reef, Farisha Iris, Nam Ron, Niezam Zaidi, Adlin Aman Ramlie, Aziza Kazan dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Filem Pukul Mersing

Tajuk Filem : Pukul Mersing
Saluran : TONTON
Tarikh Tayangan : Bermula 25 Oktober 2023
Waktu Tayangan : 
Pengarah : Izuan Mokhtar
Terbitan : Nizar Entertainment
Pelakon : Fadhli Masoot, CikB, Azzam Sham, Wanns Ahmad, Izzy Reef, Farisha Iris, Nam Ron, Niezam Zaidi, Adlin Aman Ramlie, Aziza Kazan dan ramai lagi

Sinopsis Filem Pukul Mersing

Sebuah kisah pengembaraan tiga sekawan bernama Fawwaz, Jazzlan dan Ammar ke Mersing untuk mencari guru Buah Pukul Mersing. 

Jazzlan dan Ammar  aktif di youtube dimana mereka mahu membongkar ilmu persilatan yang dipengaruhi dengan unsur gangsterisme dan Fawwaz pula ingin mencari makna sebenar nilai persilatan dan guru yang mampu untuk menurunkan ilmu tersebut. Dia juga ingin membuktikan bahawa tanggapan kawan kawannya adalah salah. 

Dalam pengembaraan tersebut, mereka bertiga mengenali erti pengorbanan, semangat setia kawan dan nilai persilatan yang sebenar.
Terbaru Lebih lama