Drama Cik Lang Swe

Drama Cik Lang Swe | Drama melayu baru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi adalah drama bertajuk Cik Lang Swe. Untuk pengetahuan semua, Cik Lang Swe merupakan Drama Original Tonton.

Drama Cik Lang Swe yang diarahkan oleh Aidilfitri Mohamed Yunos ini akan mula bersiaran menerusi streaming platform Tonton pada setiap hari Khamis bermula 26 Oktober 2023. Korang boleh muat turun aplikasi Tonton sekarang atau layari laman sesawang Tonton untuk menonton drama bersiri Cik Lang Swe.

Poster Drama Cik Lang Swe

Cik Lang Swe merupakan sebuah drama bersiri terbitan Tsar Asia Sdn Bhd. Drama Cik Lang Swe dibintangi oleh ramai pelakon  seperti Dini, Schatzmann, Harissa Adlynn, Amy Nurtinie, Ayunie Nadrah, Ahmad Ezzrin Loy, Safwan Nazri, Haikal Radzi, Sarah Monika Sow, Ermilia Feronika Sow, Royce Iqram, Phirdaus Khardini, Ashh Dee, Ellysa Ramlee, Shaqur dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Cik Lang Swe

Tajuk Drama : Cik Lang Swe
Saluran : TONTON
Tarikh Tayangan : Bermula 26 Oktober 2023
Waktu Tayangan : Setiap hari Khamis
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Terbitan : Tsar Asia Sdn Bhd 
Pelakon : Dini, Schatzmann, Harissa Adlynn, Amy Nurtinie, Ayunie Nadrah, Ahmad Ezzrin Loy, Safwan Nazri, Haikal Radzi, Sarah Monika Sow, Ermilia Feronika Sow, Royce Iqram, Phirdaus Khardini, Ashh Dee, Ellysa Ramlee, Shaqur dan ramai lagi

Sinopsis Drama Cik Lang Swe

Drama ini mengisahkan tentang pewaris lelaki tunggal puak langsuir di Kampung Temu Jodoh bernama Cik Lang Swee yang dilakonkan oleh Dini Schatzmann. Lang Swee dianggap paling lemah di kalangan hantu.Lang Swee tidak berkelakuan seperti hantu hantu lain,  dia sering dibuli kerana sifat baik hati dan sopan.

Pada suatu hari, Ratu segala Hantu bernama Seri Ponti Wang mengumumkan persaraannya dan akan memilih pemerintah baru melalui Olympictu. Puak Langsuir yang kalah berabad lamanya ingin merampas kembali takhta tersebut dan Lang Swe perlu memenangi Olympictu tersebut. Pada masa yang sama juga dia ingin memenangi hati PontiSu daripada menjadi milik PontiDol. 
Terbaru Lebih lama