Drama Beautiful Love Revenge

Drama Beautiful Love Revenge | Drama melayu baru yang akan menemui penonton di kaca televisyen korang tidak lama lagi adalah drama yang berjudul Beautiful Love Revenge. Untuk pengetahuan semua, drama ini diadaptasi dari sebuah novel karya Wannie Nordin dengan tajuk yang sama.

Drama Beautiful Love Revenge yang diarahkan oleh Jamal Khan ini akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10:00 Malam di Astro Ria menerusi Slot Megadrama. Tarikh tayangannya pula masih belum ada.

Buat korang yang tidak dapat menonton di kaca televisyen, boleh tonton drama Beautiful Love Revenge secara online di laman sesawang atau aplikasi Astro GO.


Drama bersiri terbitan Suhan Movies & Trading ini dibintangi oleh ramai pelakon dan antara yang terlibat adalah Syafi Tee, Jiha Sham, Harissa Adlynn, Daniel Fong, Luqman Hafidz, Maria Farida dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Drama Beautiful Love Revenge

Tajuk Drama : Beautiful Love Revenge
Saluran : Astro Ria
Tarikh Tayangan : TBC
Waktu Tayangan : Setiap hari Isnin hingga Khamis, 10:00 Malam
Pengarah : Jamal Khan
Terbitan : Suhan Movies & Trading
Pelakon : Syafi Tee, Jiha Sham, Harissa Adlynn, Daniel Fong, Luqman Hafidz,  Maria Farida dan ramai lagi 

Sinopsis Drama Beautiful Love Revenge

Beautiful love revenge mengisahkan tentang Ammara, seorang Wanita yang sudah berumah tangga tetapi diceraikan oleh lelaki Bernama Farid selepas sepuluh tahun melalui suka suka Bersama. Alasannya kerana mereka berdua sudah tidak serasi dan sehaluan tetapi itu sebenarnya farid telah berjumpa dengan gadis lain yang lebih seksi, bergaya dan kaya Bernama Maria. Kehidupan Ammara pula selepas itu dipertemukan dengan seorang jejaka lain iaitu Noah.

Terbaru Lebih lama