Cawangan Baru KFC Bandar Baru Bukit Bunga Sudah Mula Beroperasi

KFC cawangan baru di Bandar Baru Bukit Bunga Kelantan | Dalam artikel sebelum ini aku ada berkongsi tentang kemudahan di Bukit Bunga dan salah satunya adalah ATM Bank Islam di Plaza IMT-GT. Antara kemudahan lain yang ada di Bukit Bunga korang boleh baca artikel tersebut. 

gambar pekerja KFC Bukit Bunga di depan pintu masuk KFC Bukit Bunga

Untuk pengetahuan semua, Plaza IMT-GT Bukit Bukit sudah lama wujud tetapi jarang menjadi tumpuan ramai kerana tiada tarikan yang membolehkan penduduk setempat atau mereka yang datang ke Bukit Bukit untuk singgah disana tetapi sekarang semuanya berubah selepas KFC Bukit Bunga dibuka. 

KFC Bandar Baru Bukit Bunga Sudah Mula Beroperasi

Alhamdulillah selepas sekian lama menunggu, KFC yang merupakan salah satu kedai makanan fast food yang popular di kalangan rakyat Malaysia sudah mula beroperasi di Bandar Baru Bukit Bunga. Untuk maklum pembaca, KFC Bukit Bunga mula beroperasi pada 19 Februari 2023.

Pintu masuk KFC Bukit Bunga Kini Dibuka

Pintu Masuk KFC Bukit Bunga dalam IMT-GT Plaza Bukit Bunga

Kewujudan KFC di Bukit Bunga insyaAllah dapat membantu meningkatkan ekonomi penduduk setempat yang meniaga di Plaza IMT-GT Bukit Bunga kerana seperti yang aku maklumkan tadi sebelum wujudnya KFC jumlah kemasukan orang ke Plaza tersebut sangat kurang kerana tiada tarikan. 


Buat mereka yang tidak tahu, terdapat beberapa kedai lain yang wujud di Plaza IMT-GT buat masa sekarang contohnya kedai gunting rambut, kedai menjual pakaian seperti tudung, kedai menjual makanan ringan, kedai vape, kedai menjual peralatan kek, kedai menjual tiket bas ekpress, kedai jahit dan juga kedai makan. 

Terdapat beberapa lagi kedai yang masih kosong di Plaza IMT-GT. Jadi, aku harap dengan kewujudan KFC akan ada ramai lagi orang yang akan menyewa kedai dan memulakan perniagaan mereka disana.


Berbalik kepada KFC, cawangan di Plaza IMT-GT Bunga tidaklah sebesar KFC di Jeli yang terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Kelantan tetapi ianya mempunyai kelebihan lain seperti ruang parking yang lebih banyak dan teratur. Jom kita tengok suasana dalam KFC Bukit Bunga pada hari pertama ianya dibuka.

pelanggan sedang membeli makanan di KFC Bukit Bunga

Pelanggan KFC bukit bunga sedang duduk menunggu pesanan mereka

Sambutan KFC Bukit Bunga pada hari pertama dibuka sangat memberangsangkan. Ada pelanggan yang datang bersama keluarga untuk untuk makan disana sambil menyambut hari jadi dan ada juga yang datang membeli makanan untuk dibawa pulang. 

Gambar pelanggan duduk makan kfc dalam kfc bukit bunga

Gambar pelanggan dalam KFC Bukit Bunga

Seperti yang kita tahu Bukit Bunga adalah salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pengguna lebuhraya Timur Barat (Laluan Persekutuan 4) dimana mereka akan berhenti di bukit bunga untuk jalan jalan dan membeli belah di Gerai 12 Bukit Bunga sebelum meneruskan perjalanan. Jadi, InsyaAllah KFC Bukit Bunga akan mendapat sambutan dan menjadi salah satu tempat makan yang boleh dikunjungi oleh pelancong dan mereka yang berhenti singgah di Bukit Bunga sebelum pulang ke kampung halaman.


Bagi mereka yang ingin singgah makan di KFC Bukit Bunga yang terletak di Plaza IMT-GT Bukit Bunga, korang boleh rujuk informasi dibawah :

KFC Bukit Bunga Plaza IMT-GT Bukit Bunga

Waktu Operasi : Isnin - Ahad, Jam 10:00 Pagi - 10 Malam
Terbaru Lebih lama