Burger Bakar Sedap Dan Murah Di Bukit Bunga | Burger Bakar Angoh

Burger Bakar Sedap Di Bukit Bunga | Burger Bakar Angoh | Hai korang! Untuk entry kali ini aku nak share pasal kedai burger pulak. Kedai burger yang aku maksudkan adalah Kedai Burger Bakar Angoh yang terletak di Bandar Baru Bukit Bunga. 


Burger Bakar Angoh Bukit Bunga
Alamat : Lot 2403, Kampung Bukit Bunga, 17700 Ayer Lanas, Kelantan
Waktu Operasi : Rabu hingga Isnin (530 Petang - 1100 Malam), Selasa Tutup
Nombor Telefon : 012-9734301

Kedai ini berada berdekatan dengan Masjid Bukit Bunga. Jadi, Aku rasa korang yang tinggal berdekatan pastinya tahu tentang kewujudan Kedai Burger Bakar Angoh. Masih baru beroperasi di Bukit Bunga tetapi mendapat sambutan yang menggalakkan. 






Kalau korang datang  membeli belah dekat gerai 12 bukit bunga bolehlah singgah Burger Bakar Angoh untuk mencuba burger bakar dan menu lain yang ada. Selain burger, kedai Burger Bakar Angoh juga menyediakan  Sup, nasi lemak, spaghetti, quesadilla tortilla dan juga beberapa pilihan minuman.








Untuk menu nasi lemak, dorang ada beberapa pilihan. Korang boleh rujuk info dekat bawah ini :
  • Nasi Lemak Biasa RM4
  • Nasi Lemak Ayam Goreng RM6
  • Nasi Lemak Mata Kerbau RM5
  • Nasi Lemak Puyuh Goreng RM7
  • Nasi Lemak Kambing Bakar RM8

Best kan! Aku suka datang kedai yang banyak pilihan macam ini especially kalau datang ramai ramai dengan kawan kawan atau family sebab tak semua nak makan benda yang sama kan. Bila ada banyak pilihan semua orang boleh pilih nak makan apa. 

Apa Yang Aku Makan Dekat Burger Bakar Angoh

Selalunya kalau datang kedai Burger Bakar Angoh aku akan order Burger Original samada ayam atau pun daging tapi kali ini nak cuba yang lain pulak sebab ada banyak pilihan kan. Ada 9 jenis burger termasuk Burger Hawaii. 




Kali ini aku order Burger Chaco's. Macam yang korang nampak dorang letak cheese, bawang caramel, tomato, salad, sos dan yang paling penting ada kerepek yang membuatkan burger ini crunchy. Harga untuk burger Chaco's ini hanya RM6.50 sahaja.

Selain burger, aku order fries, mushroom soup dan oreo blended.


Bagi aku harga makanan dekat Burger Bakar Angoh sangat murah. Korang bayangkan satu portion fries RM1 sahaja, mushroom soup bersama dengan empat keping roti RM5.00 dan oreo blended pulak RM2.50.




Kesimpulannya, kalau korang nak makan burger bakar di area bukit bunga dengan harga yang sangat berpatutan dan sedap korang boleh singgah dekat Burger Bakar Angoh yang terletak berhampiran dengan masjid Bukit Bunga. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan Burger Bakar Angoh korang boleh follow social media dorang seperti yang tertera.

Facebook : Burger Bakar Angoh
Terbaru Lebih lama