Lepak Ngopi di Wabule Cafe dan Coffee (Kopiology) Machang Kelantan

Lepak Ngopi di Wabule Cafe dan Coffee (Kopiology) Machang Kelantan | Kalau korang penduduk tetap machang mesti tahu tentang kewujudan Wabule Cafe & Coffee yang sebelum ini dikenali dengan nama Kopiology. Sebelum ini aku pun pernah singgah dekat Kopiology lepak minum dan kadang kadang tuh shoot gambar untuk post dekat instagram.


Wabula Cafe & Coffee (Kopiology) Machang 
Alamat : No 7a, Bangunan Baru Depan Pasar, 18500 Machang, Kelantan
Waktu Operasi : Sabtu hingga Khamis (10 pagi - 10 malam), Jumaat (3 petang - 10 malam)
Nombor Telefon : 01163063048

Dulu Wabule Cafe & Coffee ini open space tapi sekarang dorang bahagikan cafe kepada dua bahagian indoor dan outdoor. Bukan itu sahaja, sekarang ini wabule cafe & coffee nampak lebih cantik, luas dan banyak tempat untuk pelanggan duduk.




Cantik kan bahagian dalam cafe nih! Kalau nak ambil gambar pun mesti lawa especially dekat sofa. Korang  nak duduk luar pun ok jer sebab ada beberapa tempat duduk dekat bahagian luar. Sekarang jom kita tengok menu pulak.



Selain dari menu yang ada dalam gambar ini korang juga boleh order pastries dan juga kek yang diletakkan dalam chiller. Antara yang ada waktu aku datang tuh adalah vanilla chocolate twist, burnt cheese cake, mini burnt cheese cake, carrot cake dan lain lain.



Masa tengok menu aku ternampak ada Aglio Olio. Aku pulak memang suka aglio olio tapi aku order yang dengan chicken slices la bukan seafood. Dekat sini kalau korang nak makan aglio olio dorang ada tiga pilihan samada nak dengan seafood, chicken slices atau plain. Nak tambah pouched egg pun boleh hehe. 



Pilihan minuman pun banyak. Aku suka tengok menu dorang sebab ada gambar. Senang untuk kita yang tak pernah minum tengok. Kalau tulis jer tak boleh nak bayang kan hehe. Time nih aku order dua air, ice lemon tea dengan ice americano. 




As for the desserts aku makan vanilla chocolate twister dan mini burnt cheese cake. Vanilla Chocolate twister tuh sedap tapi mini burnt cheese cake aku tak berapa suka sangat sebab dia macam keras sikit bagi aku. Mungkin sebab saiz kecil kot. Kalau makan yang normal size should be better. 
Terbaru Lebih lama