Ramly Halal Mart Pertama Di Bukit Bunga Kelantan

Ramly Halal Mart Pertama Di Bukit Bunga Kelantan | Tak sangka Ramly Halal Mart sudah mula beroperasi di negeri Kelantan. Sebelum ini ramai juga yang mencadangkan supaya Ramly Halal Mart dibuka di kelantan tapi macam senyap jer. Alhamdulillah! sekarang warga kelantan boleh mula membeli belah di kedai pemborong dan peruncit makanan sejuk beku Ramly yang terletak di bandar baru bukit bunga.



Ramly Halal Mart berada berhadapan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Bunga. Jadi, kalau korang yang tinggal di Jeli, Tanah Merah atau kawasan terdekat yang tak familiar dengan bukit bunga, korang boleh cari JPJ Bukit Bunga sebagai landmark.



Ramly Halal Mart di Bukit Bunga ini tak adalah besar mana tapi barang yang dijual memang banyak. Kalau korang nak cari makanan sejuk beku Ramly, boleh dikatakan semuanya ada termasuklah daging burger, nugget, french fries, daging kisar, bebola daging, pau, ayam salai dan banyak lagi. 












Produk jenama lain juga ada dijual di Ramly Halal Mart Bukit Bunga contohnya Prego, Adabi, Lady's Choice, Bestari dan lain lain. 





Menariknya dekat Ramly Halal Mart juga menyediakan pencuci mulut yang menyelerakan seperti Lemon Cheese Cake, Blueberry Cheese Cake dan Tiramisu Cheesecake. Produk keluaran terbaru dari Ramly juga ada dijual disini iaitu Fish Keropok dan Jumbo Frankfurter & Cocktail.





Macam macam ada kan! Kalau korang nak meniaga jual burger ke boleh datang borong bahan bahan  dekat sini. Semalam aku datang sini sempat jugalah buat member kad Ramly Halal Mart. Bila beli barang guna member kad nih berbaloi sebab dapat diskaun hehe.


Buat masa sekarang ini Ramly Halal Mart Bukit Bunga beroperasi setiap hari bermula jam 10 Pagi sehingga Jam 8 Malam. Jadi, tunggu apa lagi korang? Jom la serbu beli produk sejuk beku Ramly dekat bukit bunga. 
@kotakfragile Ramly Halal Mart dah ada dekat Kelantan! #ramly #ramlyhalalmart #bukitbunga #kelantan ♬ original sound - Fragile Mudah Pecah
Terbaru Lebih lama