Roti Canai Sedap di Pangkal Petai Machang Kelantan

Roti Canai Sedap di Pangkal Petai Machang Kelantan | Korang penggemar roti canai? Entry ini khas untuk korang sebab aku nak kongsikan tentang kedai roti canai yang menjadi tumpuan ramai di Machang. Nama kedai memang straight to the point iaitu Kedai Roti Canai Pangkal Petai. Korang taip dekat google confirm akan keluar hehe.


Kedai dia memang simple macam ini jer tapi korang tengoklah ramai pelanggan yang singgah untuk makan roti canai. Ada lebih kurang 10 jenis roti canai yang korang boleh cuba. Antaranya adalah :

  • Roti Canai Kosong
  • Roti Canai Kosong Bawang
  • Roti Canai Telur
  • Roti Canai Telur Bawang 
  • Roti Canai Cotek
  • Roti Canai Cotek Bawang
  • Roti Canai Sardin
  • Roti Canai Planta
  • Roti Canai Boom
  • Roti Canai Milo



Personally bagi aku memang sedap roti canai pangkal petai ini. Puas hati sebab roti canai dia lembut! Makan pulak time panas panas kan memang terbaiklah. Kalau korang makan dekat sini dorang ada sediakan sambal. 


Dari segi harga pulak semestinya sangat berpatutan. Korang boleh rujuk harga untuk setiap jenis roti canai dibawah ini ya.

  • Roti Canai Kosong RM1.00
  • Roti Canai Kosong Bawang RM1.50
  • Roti Canai Telur RM2.00
  • Roti Canai Telur Bawang RM2.30
  • Roti Canai Cotek RM2.00
  • Roti Canai Cotek Bawang RM2.30
  • Roti Canai Sardin RM3.00
  • Roti Canai Planta RM1.50
  • Roti Canai Boom RM1.50
  • Roti Canai Milo RM1.70

  • Jadi, kalau korang datang machang tapi tak tahu nak makan dekat mana boleh singgah dekat Kedai Roti Canai Pangkal Petai di laluan utama Machang - Kuala Krai. Untuk pengetahuan korang, kedai ini buka waktu pagi untuk sarapan dan petang selepas asar. Kalau korang datang untuk lunch memang dorang tutup. jadi, make sure datang pagi atau petang sahaja hehe.

    Kedai Roti Canai Pangkal Petai Machang Kelantan
    Alamat : Kampung Pangkal Petai, 18500 Machang, Kelantan
    Waktu Operasi : 7 Pagi hingga 10 pagi & 4.30 Petang hingga 7 Petang (Rabu Tutup) 
    Terbaru Lebih lama