Senarai Drama Korea Baru Yang Menarik Bulan September 2022

Sebelum ini ada banyak drama korea yang menjadi perhatian ramai contohnya Extraordinary Attorney Woo, Alchemy of Soul Season 1 (Season 2 akan ditayangkan bulan Disember 2022), Eve dan Why Her

Masing masing sudah tamat dan rating dari pengguna google untuk empat drama tersebut boleh dikatakan sangat memberangsangkan dan buat masa sekarang ini masih ada lagi drama korea best yang belum tamat dan masih lagi ditayangkan contohnya Big Mouth dan If You Wish Upon Me.

Untuk bulan september 2022, terdapat beberapa drama korea atau K drama yang akan ditayangkan di pelbagai pelbagai platfrom seperti Netflix, Viu, Disney+ dan saluran TV korea TVN.

Senarai drama korea baru bulan september 2022

Drama Korea Menarik Bulan September 2022

1. May It Please The Court

Drama Korea bertajuk May It Please The Court adalah drama bersiri 12 Episod lakonan Jung Ryeo-Won, Lee Kyu-Hyung, Jung Jin-Young, Kim Hye-Eun dan ramai lagi. Drama ini akan ditayangkan di platform Disney+ bermula 21 September 2022

K Drama May It Please The Court

Drama bersiri May It Please The Court yang diarahkan oleh Kang Min-Ku ini berkisahkan tentang No Chak-Hee (Jung Ryeo-Won) yang bekerja di firma guaman. Dia sanggup mengambil kes yang berisiko dan berjaya memenanginya sehinggakan dia berpeluang untuk menerima kenaikan pangkat tetapi malangnya disebabkan oleh satu kes, lesennya hampir digantung selama setahun. 


No Chak-Hee kemudiannya bekerja sebagai pembela awam (Public Defender) dan berkongsi pejabat bersama Jwa Shi-Baek (Lee Kyu-Hyung) yang sangat fokus dengan kerjanya tetapi mempunyai kidupan peribadi misteri yang tidak diketahui sesiapa. Sumber

2. Little Women

Little Women adalah drama korea berdasarkan novel 1868 dengan tajuk yang sama oleh Louisa May Alcott. Drama Little Women ini akan ditayangkan di saluran TV korea TVN bermula pada 3 September 2022 setiap hari sabtu dan ahad. Bagi penonton yang tiada akses untuk menonton Little Women di TVN korang boleh menonton di platfrom Netflix. Sumber

Little Women Drama Korea Baru Netflix


Menurut perkongsian dari Netflix, Little Women mengisahkan tentang tiga orang adik beradik yang terlibat dalam kes yang membuatkan mereka  melawan keluarga terkaya dan paling berpengaruh di Korea Selatan. 

Drama bersiri Little Women dibintangi oleh Kim Go-Eun, Nam Ji-Hyun dan Park Ji Hu.

3. Blind

Drama Korea yang diarahkan oleh Shin Yong-Hwi bertajuk Blind ini dibintangi oleh TaecYeon seorang idol yang popular dengan boy group 2PM, Ha Seok-Jin dan Jung Eun-Ji. Blind akan ditayangkan di Saluran TV korea TVN pada 16 September 2022 setiap hari jumaat dan sabtu.

K drama Blind bulan september 2022


Drama bersiri Blind mengisahkan tentang Ryu Sung-Joon (TaecYeon), Ryu Sung-Hoon (Ha Seok-Jin) dan Jo Eun-Ki (Jung Eun-Ji) yang terlibat dalam kes pembunuhan bersiri melibatkan ahli juri. Mereka tbertiga cuba untuk membongkar kebenaran di sebalik kematian yang berlaku. Sumber

4. Narco-Saints

Drama yang berdasarkan kisah sebenar, Drama korea bertajuk Narco-saints bakal menemui penonton di platform Netflix bermula 9 September 2022. Narco-saints dibintangi oleh  Ha Jung-woo, Hwang Jung-min, Park Hae-soo, Jo Woo-jin, Yoo Yeon-seok dan ramai lagi.

Narco-saints drama korea baru bulan september 2022

Drama enam episod Narco-saints mengisahkan tentang seorang "entrepreneur" biasa yang terpaksa mengambil risiko yang membahayakan nyawanya menyertai misi rahsia kerajaan untuk menangkap Raja dadah di Amerika. Sumber

5. Love In Contract

Drama Korea baru bertajuk Love In Contract lakonan Park Min-Young akan mula ditayangkan di Saluran TV Korea TVN pada 21 September 2022 setiap hari Rabu dan Khamis. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Nam Sung-Woo yang pernah mengarahkan drama korea popular yang digemari ramai iaitu My Roommate Is A Gumiho.

Love In Contract drama korea baru september 2022

Drama bersiri korea Contract In Love adalah tentang seorang wanita cantik dan berbakat Choi Sang-Eun (Park Min-Young) yang bekerja sebagai pasangan kontrak. Watak lain yang menjadikan drama ini lebih menarik adalah Jun Ji-Ho (Ko Gyung-Pyo) yang mempunyai kontrak perkahwinan dengan Choi Sang-Eun pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat.


 Pada masa yang sama Choi Sang-Eun juga mempunyai kontrak dengan seorang pelakon popular Kang Hae-Jin (Kim Jae-Young) pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Sumber

6. Golden Spoon

Satu lagi drama korea menarik yang diadaptasikan dari webtoon adalah Golden Spoon. Drama ini akan ditayangkan pada 23 September 2022 menggantikan drama bersiri korea yang tengah popular sekarang ini iaitu Big Mouth. 

Drama korea Golden Spoon bulan Spetember 2022


Golden Spoon mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah Lee Sheun-Cheong (Yook Sung-Jae) yang menggunakan "Golden Spoon" untuk mengubah takdir hidupnya dari miskin menjadi kaya. 

"If you buy this gold spoon for $3 from me, you can change your parents. You'll eat 3 meals with this gold spoon with someone your age and at their house. That person's parents will then become your parents." Sumber

7. The Empire Of Law 

The Empire Of Law Drama Korea Bulan September 2022


Drama Korea The Empire Of Law bakal ditayangkan di saluran TV Korea JTBC pada 24 September 2022 setiap hari sabtu dan ahad. Drama ini dibintangi oleh Kim Sun-AAhn Jae-WookLee Mi-SookSong Young-Chang dan ramai lagi. Sumber

8. One Dollar Lawyer 

 One Dollar Lawyer merupakan drama bersiri korea terbaru yang menampilkan Namkoong Nim sebagai watak utama dan dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Kim Ji-Eun dan Lee Deok-Hwa. Drama arahan  Kim Jae-Hyun ini akan disiarkan di saluran TV Korea SBS bermula 23 September 2022 setiap jumaat dan sabtu.

One Dollar Lawyer Drama Korea Baru Bulan September 2022


One Dollar Lawyer mengisahkan Cheon Ji-Hun (Namkoong Nim) seorang peguam yang mengenakan bayaran 1000 won atau 1 Dollar sahaja untuk servisnya. Dia membantu mereka yang memerlukan bantuan dengan melawan peguam mahal dan kliennya yang cuba lari dari melarikan diri dari undang undang. Sumber

9. Gaus Electronics

Menurut laman sesawang asianwiki, drama korea bertajuk Gaus Electronics akan disiarkan di Saluran ENA, Olleh TV dan Seezn yang akan ditayangkan pada 23 September 2022. Drama ini berdasarkan web comic yang bertajuk Gaus Jeonja.

Gaus Eletronics drama korea baru bulan september 2022


Drama korea Gaus Eletronics mengisahkan tentang kehidupan pekerja di Gaus Eletronics. Terdapat beberapa karakter menarik dalam drama ini yang bakal menarik minat korang untuk menontonya seperti Lee Sang-Sik (Kwak Dong-Yeon), Cha Na-Rae (Ko Sung-Hee), Baek Ma-Tan (Bae Hyun-Sung) dan Gun Gang-Mi (Kang Min-Ah). 

10. X In Crisis

X In Crisis adalah drama korea yang akan di tayangkan bermula 2 September 2022. Drama Ini ada 6 episod sahaja dan boleh ditonton di laman sesawang Wavve. 

X In Crisis Drama Korea Baru bulan September 2022


X In Crisis mengisahkan tentang Yoon (Kwon Sang-Woo) yang telah menamatkan pelajarannya dari university yang berprestij dan bekerja di syarikat yang besar tetapi tidak lama kemudian dia berada di ambang muflis. Kang Min Jin (Lim Se-Mi) Isteri kepada Yoon bercita cita untuk menjadi we novelist. 

Satu lagi watak yang menjadikan drama X In Crisis adalah Heo Joon (Sung-Dong-ll) seorang doktor di kawasan kejiranan mereka. Sumber

11. The Law Cafe

The Law Cafe adalah drama Korea terbaru lakonan Lee Seung-Gi dan Lee Se-Young yang akan menggantikan Cafe Minamdang. Drama ini akan ditayangkan di saluran TV Korea KBS2 bermula 5 September 2022. Korang juga boleh menonton drama korea The Law Cafe menerusi aplikasi VIU.

The Law Cafe Drama Korea Baru Bulan September 2022


Drama yang menarik ini mengisahkan tentang Kim Jung-Ho (Lee Seung-Gi) Seorang bekas pendakwa yang kini menjadi tuah tanah. Kim Yu-Ri (Lee Se-Young) pula adalah seorang peguam yang bekerja di firma guaman yang besar tetapi berhenti dari kerjanya. Selepas itu Kim Yu-Ri menyewa bangunan milik Kim Jung-Ho dan membuka Law Cafe dimana pelanggan boleh menikmati minuman dan mendapatkan nasihat tentang undang undang. Sumber

12. Once Upon A Small Town

Terdapat satu lagi drama korea yang boleh ditonton di KakaoTV bertajuk Once Upon A Small Town. Drama ini mempunyai 12 episod dan mula ditayangkan pada 5 September 2022. Selain KakaoTV, korang juga boleh menonton Once Upon A Small Town di Netflix.

Once Upon A Small Town drama Korea baru Bulan September 2022


Once Upon A Small Town mengisahkan tentang Han Ji-Yool (Choo Yeong-Woo) yang bekerja sebagai Veterinarian di Seoul pulang ke kampung dan mengambil alih klinik haiwan atuknya selama 6 bulan sementara atuknya di Europe.

13. Seasons Of Blossom

Selain X In Crisis, Drama korea Season Of Blossom juga akan ditayangkan di laman sesawang Wavve pada 21 September 2022

Seasons Of Blossom drama korea baru september 2022


Seasons Of Bloom adalah tentang cinta dan bersahabatan 5 orang pelajar iaitu Lee Ha-Min (Seo Ji-Hoon), Han So-Mang (So Ju-Yeon), Lee Jae-Min (Kim Min-Kyu), Yoon Bo-Mi (Kang Hye-Min) dan Choi Jin-Young (Yoon Hyun-Soo) dari sekolah menengah Seoyeon (Seoyeon High School). Sumber

Terbaru Lebih lama