My50 Buddy 2 Untuk 1 Pas myrapid Dengan Harga Murah Dan Jimat

Dalam artikel sebelum ini aku ada kongsikan tentang pas perjalanan rapid My50 tanpa had selama 30 hari yang berharga RM50 sahaja. RM50 untuk pas perjalanan tanpa had selama 30 hari sangat murah dan berpatutan tetapi sekarang ini korang pas tersebut boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah iaitu RM25 sahaja untuk seorang!

Baca Juga : Pas Perjalanan myrapid Tanpa Had Selama 30 hari My50 

Aku pun macam tak percaya tetapi bila tengok posting instagram rasmi @myrapidkl rupa rupanya mereka sedang menjalankan promosi Pas Perjalanan Rapid tanpa had selama 30 hari My50 yang dinamakan sebagai My50 Buddy 2 Untuk 1

Pas Perjalanan myrapid My50 Buddy 2 Untuk 1 Dengan Harga Murah Dan Menjimatkan!

Pas perjalanan tanpa had 30 hari Murah

My50 Buddy 2 Untuk 1 adalah promosi yang dijalankan oleh myrapid untuk pelanggan My50 baru sahaja dimana mereka boleh dapatkan dua pas perjalanan tanpa had selama 30 hari dengan hanya RM50 sahaja. Jadi, kalau korang ingin mendapatkan pas My50 buat pertama kali aku cadangkan korang daftar promosi My50 Buddy 2 Untuk 1 kerana ia sangat menjimatkan. 

Seperti yang aku kongsikan, harga biasa untuk satu pas perjalanan tanpa had selama 30 hari My50 adalah RM50 tetapi dengan promosi My50 Buddy 2 Untuk 1 Korang hanya perlu bayar RM50 untuk dua pas! Sangat murah kan?

Cara Untuk Mendapatkan Pas perjalanan Tanpa Had Selama 30 hari My50 Buddy 2 Untuk 1 dengan harga murah

Bagi pelanggan My50 pertama kali yang ingin mendapatkan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari menggunakan promosi My50 Buddy 2 Untuk 1, Korang perlu ikut 4 langkah mudah seperti yang tertera.
  1. Muat Turun Aplikasi Myrapid  PULSE untuk pendaftaran.
  2. Isikan maklumat kedua-dua penerima pas My50 dalam tempoh pendaftaran.
  3. Emel pengesahan akan dihantar untuk permohonan yang berjaya sehari sebelum tarikh penebusan.
  4. Tebus Pas anda di LRT KL Sentral (East Wing) atau di Hab Bas Pasar Seni pada tarikh penebusan yang dimaklumkan.
Pendaftaran untuk My50 Buddy 2 Untuk 1 boleh dilakukan bermula 1 September 2022 sehingga 7 September 2022 sahaja. Jadi, korang perlu daftar sekarang untuk menikmati penjimatan sehingga 50% untuk pas My50.

Tarikh untuk penebusan pula adalah pada 9 September 2022. Kedua dua penerima kad perlu hadir semasa penebusan dibuat. Pasti korang membawa Mykad bersama dengan baucar surat bercetak (Tertakluk pada terma dan syarat).


Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan pas perjalanan tanpa had selama 30 hari My50, Korang boleh layari laman sesawang myrapid yang tertera.


Atau hubungi mereka di talian berikut :

03-78852585 
Isnin hingga Jumaat dari jam 7:00 Pagi hingga 8:30 Malam.
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 7:00 Pagi hingga 5:30 Petang.

Sebarang soalan juga boleh dihantar melalui emel suggest@rapidkl.com.my 

Terbaru Lebih lama