6 Drama Malaysia Adaptasi Dari Drama Popular Dari Korea

8 Drama Malaysia Adaptasi Dari Drama Popular Dari Korea | Samada korang sedar atau pun tak, sebenarnya ada beberapa drama malaysia yang diadaptas dari drama korea yang pernah popular seketika waktu dulu. Drama apa yang aku maksudkan? Jom kita tengok 8 drama malaysia yang diadaptasi dari drama korea. 



1. Monalisa

Drama Monalisa 80 episod yang ditayangkan di Slot Tiara Astro Prima dan Astro Maya HD adalah drama Malaysia yang diadaptasikan dari drama korea bertajuk Two Women's Room. 


2. Alamatnya Cinta

Drama 24 episod yang dibintangi oleh Hanna Delisha dan Hisyam Hamid ini ditayangkan di Astro Ria dan Astro Ria HD dalam Slot Megadrama. Ianya adalah adaptasi dari drama korea yang sangat popular lakonan Rain dan Song Hye Kyo. 


3. Black

Drama seterusnya adalah Black yang ditayangkan di aplikasi Viu. Drama Black yang dibintangi oleh Kamal Adli dan Siti Saleha ini diadaptasi dari drama korea dengan tajuk yang sama juga. 


4. My Coffee Prince

Drama 28 Episod ini diadaptasikan dari drama korea bertajuk The 1st Shop of Coffee Prince lakonan Yoon Eun Hye dan Gong Yoo. Ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD dalam Slot Megdrama dengan 28 episod.


5. Dejavu Di Kinabalu

Drama ini ditayangkan dalam Slot Akasia TV3 dengan 28 episod sahaja. Ianya diadaptasikan dari drama korea bertajuk Summer Scent yang popular pada tahun 2003.


6. She Was Pretty

She Was Pretty adalah salah satu drama korea yang popular pada tahun 2015 dan kini diadaptasi dalam drama Malaysia dengan tajuk sama ditayangkan di aplikasi Viu bermula 18 June 2022. 


Berikut adalah enam drama Malaysia yang diadaptasikan dari drama korea. Kalau ada lagi drama yang aku  tertinggal korang boleh komen dekat bawah nanti aku akan tambah sebab so far enam ini sahaja yang aku jumpa. 
Terbaru Lebih lama