Jalan Jalan Di Air Terjun Lata Telaga Bijih Kelantan

Jalan Jalan Di Air Terjun Lata Telaga Bijih Kelantan | Semalam aku ada share dengan korang pasal Nasi Lemak Sambal Strawberry dekat Yoozen Younique Cafe kan. Lepas dah settle semua aku drive nak balik rumah tapi bila tengok jam macam awal lagi. Jadi, aku teruskan perjalanan ke Lata Telaga Bijih yang berdekatan dengan tempat aku tinggal. 


Telaga Bijih Camp Site & Recreation
Waktu Operasi : 7 Pagi Sampai 6 Petang
Alamat : Korang waze jer "Telaga Bijih Camp Site & Recreation
Nombor Telefon : 019-9517989 (Din)

Aku tak ingat dah bila last time datang sini. Kalau ikutkan tempat ini dekat dengan rumah jer tapi tak rasa macam nak pergi. Bila tengok ramai orang share dekat tiktok baru rasa macam nak pergi tapi betul ke cantik tempat ini? 

First impression bila masuk dekat area lata telaga bijih ini "wahhh! not bad jugak". Waktu aku sampai orang masih ramai walau pun time tuh dah jam 4 petang. Kalau korang datang dengan family yang ada anak anak tuh memang sesuai sebab ada tempat yang air tak dalam. Nak control pun senang la kan.



Lata Telaga Bijih ini ada potensi untuk jadi tempat rekreasi yang lebih menarik tapi sayang ada beberapa kemudahan yang disediakan tak diselenggara dengan baik waktu aku datang. Agak spoil sikit la sebab banyak area yang cantik dekat sini. 



Kalau bab maintenance nih kita nak control pun tak boleh sebab bukan kerja kita tapi bab sampah yang aku geram. Orang yang datang sini bawa makanan tuh tolonglah kemas balik pastu buang sampah dekat tempat yang sepatutnya bukannya kau ikat sampah dalam plastik pastu letak tepi batu. 

Sayang tempat cantik macam nih kau buang sampah merata. Walau pun ada orang kerja tapi sampah kita tuh kita la kemas. Jangan biar merata macam tuh. Nanti cantik cantik macam nih tiba tiba jadi tempat sampah pulak kan. 

Apa pun insyaAllah nanti kalau ada masa aku nak datang lagi sini. Nak photoshoot pun cantik kat sini kan hehe. Tak pun nanti ajak abang aku bawa anak buah mandi dekat sini kalau dorang balik kampung.  

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama