Makan Nasi Lemak Sambal Strawberry Cameron Highland Di Yoozen Younique Cafe Kelantan

Makan Nasi Lemak  Sambal Strawberry Cameron Highland Di Yoozen Younique Cafe Kelantan | Kalau pergi bercuti dekat Cameron Highland wajib cuba nasi lemak strawberry kan tapi sekarang ini memang tak ada peluang lagi nak pergi sana. Walau pun tak dapat pergi Cameron Highland kita tetap boleh makan nasi lemak strawberry di Yoozen Younique Cafe Kelantan.



Yoozen Younique Cafe Kelantan
Alamat : Jalan Kuala Krai, Bandar Kota Bharu, 15150 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : Sabtu - khamis (1200 Tengah Hari - 1000 Malam), Jumaat (0500 Petang - 1100 Malam)
Nombor Telefon : 011-29232293

Semalam waktu tengah scroll facebook ternampak page Yoozen Younique Cafe ini terus rasa nak pergi sebab dah lama teringin nak makan nasi lemak sambal strawberry. Nak pergi Cameron Highland jauh sangat hehe. Aku ingat cafe ini baru buka tapi rupanya dah lama wujud tapi tak pernah tahu. 



Yoozen Younique Cafe berada di tingkat atas. Bila masuk jer tak rasa macam cafe pun awal awal tuh sebab nampak macam office. Mungkin sebab sebelum ini memang office atau konsep dorang memang macam tuh. Kalau korang tengok dalam gambar ada pintu kan. Dekat dalam tuh ada meja dan kerusi untuk korang duduk.



Ada dua bahagian untuk tempat duduk. Korang pilihlah yang mana satu korang suka. Waktu masuk cafe ini tak rasa sejuk sangat pun tapi bila masuk ruangan tempat duduk nih baru rasa sejuk. Macam ala ala makan nasi lemak strawberry dekat cameron gituh haha. 

Untuk pilihan makanan pulak, dorang bukannya jual nasi lemak jer tapi ada pilihan makanan western macam chicken chop, chicken grill dan lain lain. Korang boleh rujuk menu dekat Yoozen Younique Cafe dekat bawah ini.




Banyak pilihan jugaklah kan. Kalau bawa anak anak tak nak makan nasi lemak pun tak ada masalah sebab dorang ada western dan juga beberapa pilihan side dishes yang best macam chocolate fountain, chicken popcorn dan lain lain. 

Aku datang sini dengan kawan. Jadi, kitorang order dua makanan yang berbeza so that nanti boleh kongsi. Kawan aku order Nasi Lemak Strawberry Combo dan aku pulak Chicken Grill Special.



Alhamdulillah rezeki kitorang waktu datang sini owner dorang bagi Chocolate Fountain. Cakap pasal chocolate fountain yang kitorang dapat jujur aku cakap memang sedap. Satu stick tuh dorang letak 2 biji strawberry dan 2 marshmallow disalut pulak dengan chocolate . Tak tahulah dorang guna chocolate apa tapi memang sedap. sampai habis kitorang makan chocolate dia hehe.


Untuk nasi lemak strawberry combo pulak memang terbaik. Aku suka makan nasi lemak dekat sini. Rasa dia boleh tahan sedap. Lauk sotong yang dia letak banyak. Ada ayam goreng, ada timun dan juga ikan bilis. 




Chicken grill special pulak bagi aku biasa biasa sahaja tak ada yang special. Cumanya kalau makan chicken grill special dorang akan tambah meatball dan juga sausages. Minuman pulak macam mana? 



Kitorang order empat jenis air iaitu Yogurt Strawberry, Cheesecake Strawberry Milkshake, Aurora Blue dan Strawberrylux.
  • Yogurt Strawberry 3.5/5 
  • Cheesecake Strawberry Milkshake 3.9/5
  • Aurora Blue 4/5
  • Strawberrylux - tak boleh nak rate sebab tak cuba.
Yogurt strawberry tuh agak rendah sebab aku memang tak berapa suka makan yogurt and aku pernah cuba yogurt strawberry yang slightly better. Cheesecake strawberry tak sampai 4 bintang sebab aku tak rasa pun cheesecake tuh (maybe lidah aku je kot) tapi sedap jer. As for Aurora aku suka sebab refreshing!

Kesimpulannya, kalau korang craving nak makan nasi lemak sambal strawberry tak perlu naik cameron highland. Datang jer Yoozen Younique Cafe Kelantan. 

1 Ulasan

  1. Wah..xyah nak ke tanah tinggi nak merasa..makanan pun nampak sedap² tu..boleh try ni..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama