Drama Korea 2022 Yang Wajib Korang Tengok Menurut Blog Luqman Zakaria!

Drama Korea 2022 Yang Wajib Korang Tengok! | Sekarang ini ada banyak drama korea yang ditayangkan dekat beberapa platform macam Netflix, Viu dan lain lain. Rasanya macam tak sempat nak tengok semua tapi aku tetap layan hehe. Walau pun kebanyakannya masih lagi belum tamat, Aku tetap nak cadangkan beberapa drama korea yang wajib korang tengok sekarang ini.

1. Extraordinary Attorney Woo

Drama bersiri 16 episod ini ditayangkan di platform yang dikenali ramai iaitu Netflix bermula 29 Jun 2022. Drama ini memang antara yang paling best aku tengok walau pun masih ada dalam 7 episod lagi belum keluar. 

Rating Drama (23/7/2022)

MyDramaList : 9.1/10
iMDb : 9.2/10
Google User : 98% liked this show


Watak utama drama Extraordinary Attorney Woo adalah Woo Young Woo yang dibawakan oleh Park Eun Bin. Aku tak pernah tengok drama yang dilakonkan oleh Park Eun Bin sebelum ini tapi bila tengok lakonan yang mantap dalam xtraordinary Attorney Woo terus aku cari drama lain yang dia berlakon contohnya macam The King's Affection. Lepas habis drama ini aku nak tengok haha.

2. Why Her 

Drama yang kedua korang perlu tengok adalah Why Her! Drama ini kalau ikut rating tak tinggi sangat. Aku tak tahu kenapa? Kalau ikutkan drama ini lagi best dari Eve. Ini personal opinion aku lah sebab drama Eve tuh terlalu slow dan buat aku lemau jer bila tengok. 

By the way, drama Why Her ini ada 16 episod semuanya. Standard drama korea kan memang 16 episod la selalunya. Aku tak sure drama ini ditayangkan dekat TV ke tak sebab aku tengok dekat Viu Malaysia. 

Rating Drama (23/7/2022)

MyDramaList : 8.3/10
iMDb : 7.9/10
Google User : 77% liked this show


Drama ini dilakonkan oleh Seo Hyun Jin yang memegang watak utama sebagai Oh Seo Jae bersama dengan pelakon popular yang diminati ramai gadis diluar sana iaitu Hwang In Yeop sebagai Gong Chan. Aku suka tengok drama yang bergenre revenge sebab tuh aku tengok drama ini. Episod 1 pun dah buat aku jatuh hati and sambung tengok sampai habis.

3. Alchemy Of Souls

Antara drama yang paling aku rasa tak sabar nak tengok next episod adalah Alchemy Of Souls. Drama korea ini ada 20 episod dan masih lagi on going. Alchemy Of Souls ini drama korea yang berlatarbelakang zaman zaman dulu dan ada magik magik camtuh haha tapi best la sebab ada part sedih, romantik, serious dan yang paling best kelakar. 

Rating Drama (23/7/2022)

MyDramaList : 8.9/10
iMDb : 8.7/10
Google User : 95% liked this show


Setakat ini ada tiga jer yang betul betul aku nak recommend. Kalau ikutkan ada banyak lagi drama korea yang aku dah tengok macam Eve dan Remarriage & Desire tapi aku tak masukkan dalam list ini sebab aku share drama yang best menurut aku jer. Eve dan Remarriage & Desire tak berapa best sangat haha. 

Nanti kalau ada penambahan aku akan masukkan lagi untuk rujukan korang okay! Selamat menonton guys.
Terbaru Lebih lama