Tonton Episod Penuh Drama Honeymoon di TV3 & Disney Plus Hotstar

Tonton Episod Penuh Drama Honeymoon di TV3 & Disney Plus Hotstar | Slot Lestary sebelum ini popular dengan drama Melur Untuk Firdaus lakonan Meerqen dan Anna Jobling sampai viral dekat social media. Sekarang ini korang kena tengok drama baru yang tertajuk Honeymoon lakonan Zara Zya dan Ben Amir pulak. 

Drama Honeymoon ini mengisahkan tentang dua individu yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza. Moon (Zara Zya) seorang yang bersaiz XXL, banyak bercakap dan sangat lantang bila bercakap. Manakala Ilham (Ben Amir) pula seorang yang pendiam dan penuh dengan rahsia.

Kisah bermula bila mereka berdua dijodohkan untuk berkahwin dan selepas itu kehidupan mereka dilanda pelbagai dugaan. Apa yang berlaku? Korang kenalah tengok sendiri hehe. 

 Drama Honeymoon ini ditayangkan di TV3 bermula 16 Julai 2022 jam 9 malam setiap hari Rabu hingga Jumaat. Selain TV3, korang juga boleh tonton Honeymoon di Aplikasi Disney Plus Hotstar. 


Drama : Honeymoon
Tarikh Tayangan : Bermula 16 Julai 2022
Waktu Tayangan : Rabu hingga Sabtu 9 Malam 
Pengarah : Pali Yahya
Terbitan : Mache All Star United Sdn Bhd 
Lakonan : Zara Zya, Ben Amir, Wanns Ahmad, Dynas Mokhtar, Fiza Thomas, Khalaf Zulkafli, Rashdan Baba dan ramai lagi
Terbaru Lebih lama